Wednesday 5 December 2012

Novel aku ditakdirkan mencintaimu 2



Ruby sempat mengejar Qistina dari belakang.Nasib baik kaki Qistina sakit,jadi sempat menyaingi langkah Qistina yang agak perlahan akibat jatuh tersepak batu sebentar tadi.
“Awak,kenapa awak buat dia macam tu?”tanya Ruby termengah-mengah.Qistina hanya mampu menjeling ke arah teman barunya itu.Malas dia mahu melayan pertanyaan Ruby.Hatinya tengah sakit sekarang.Malangnya Ruby menghalang langkahnya itu.Qistina menghentikan langkahnya dan memandang tepat ke arah Ruby.Amboi macam badut pulak aku tengok minah ni.
“Saya tak ada jawapan untuk soalan awak ni.Dahlah,saya nak balik ni,”
“Dah nak balik?Bukan ke kita masih ada program lagi selepas ni?”tanya Ruby penuh kehairanan.Dia masih ingat,ada lagi program yang wajib dihadiri oleh semua pelajar baru.
“Lantaklah ada ke tak.Awak beritahu kat senior saya sakit ok,”
“Ok,tapi awak kena hati-hati tau sebab”kata-kata Ruby mati di situ tatkala melihat Qistina sudah berlalu meninggalkan dia keseorangan.Langkah  Qistina terhenti tatkala mendengar nasihat kawannya itu.
“Kenapa awak cakap macam tu?”tanya Qistina dengan penuh kehairanan.Nak balik pun kena hati-hati ker?Ada orang jahat ke kat sini?
“Awak tak kenal lagi siapa Izham Daniel and the gang tu,”kata Ruby dengan bersungguh-sungguh.Dia tak mahu rakan yang baru dikenalinya itu menjadi mangsa pulak.
Fikiran Qistina menjadi bertambah buntu.Siapa pulak Izham Daniel and the gang ni? Tak pernah kenal pun.”Siapa dorang ni Ruby?”
“Ishh awak ni,dorang pun awak tak kenal ker?Alah tiga orang lelaki di depan tadi la Izham Daniel and the gang.Dan yang pastinya lelaki yang awak sengaja tumpahkan air oren tu ialah Izham Daniel.Matilah awak kali ni,Qis,”terang Ruby panjang lebar.
Qistina terdiam.”Dorang takkan buat apa-apa punya.Ni bukan tempat dorang tau,”balas Qistina dengan penuh yakin.Kejadian tadi hanya perkara kecil sahaja baginya.Takkan matinya dia.
“Qis tak tau lagi?Adoi awak ni tak tahu hal semasa ek?Izham Daniel adalah anak orang terpengaruh di Malaysia dan ayah dia ada share terbesar di universiti ni.So,dia boleh buat apa-apa kat awak.Silap haribulan kan,dia boleh tendang awak keluar dari universiti ni!”
Mulut Qistina terlopong mendengar penjelasan panjang lebar daripada Ruby itu.Alamak mampus aku kali ni!”Macam mana ni Ruby,saya bukannya sengaja nak malukan dia kat depan orang ramai.Dia cari pasal dulu dengan saya.Awak tak marah ke dia kata kita bodoh?”
Ruby hanya menggelengkan kepalanya sahaja.Baginya,dia sudah lali orang lain mencemuh tentang dirinya. Biarlah apa orang nak kata,yang penting hidup dia bahagia.Hati Qistina mula cuak mengenangkan nasib yang akan menimpanya pada hari mendatang.Baru sehari di universiti dah jadi macam ni.
“Tapi kan Ruby,bila saya fikir-fikir balik kan takkan la dorang tergamak nak kenakan kaum hawa yang lemah ni,”kata Qistina bersungguh-sungguh bagi menyedapkan hatinya.
“Qis,manusia macam dorang tu tak kenal jantina.Dorang main belasah je tau! Awak tak tahu dah banyak kes melibatkan dorang ni.Tapi apa yang senior saya cerita, setakat ni mangsa dorang semua lelaki.So,awak la yang catat sejarah jadi perempuan pertama mangsa dorang.Perghh mesti famous awak nanti!”
“Famous apa pulak! Dahlah malas nak fikir pasal benda tak berfaedah ni.Balik tidur lagi best,”akhiri Qistina lalu berjalan meninggalkan Ruby terkulat-kulat keseorangan.
Ruby hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat reaksi kawannya itu.”Degil jugak Qis ni yer,”
“Siapa yang degil?”tiba-tiba satu suara kedengaran di belakangnya.Ruby tersentak lalu berpaling ke belakang.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Adhar,lelaki tampan sedang berada di hadapannya sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang sangat manis.Adoii boleh bikin hati aku cair ni.
“Err,tak ada apa-apa.Saya pergi dulu yer,”balas Ruby dengan tersipu-sipu.Adhar hanya mampu tersenyum melihat reaksi spontan gadis yang berada di hadapannya itu.Perempuan kalau dah jumpa lelaki hensem sikit mesti tersipu-sipu malu,memang dah lumrah hidup.
“Nanti dulu, err apa nama awak?”
“Panggil aje Ruby,”
“Siapa kawan awak tadi tu yer?”tanya Adhar dengan ramah.Dia mahu misinya berjaya untuk menyelidik siapakah perempuan yang telah berjaya membuat Izham Daniel malu di khalayak ramai.
“Oh tadi tu,nama dia Qistina.Panggil Qis jer.Kenapa yer?”jawab Ruby tanpa ragu-ragu.
“Tak ada apa-apa,saja je tanya.Ok la saya pergi dulu.Haa lupa nak perkenalkan diri,saya Adhar.Boleh panggil Ad atau pun Abang Ad,”kata Adhar sambil mengenyitkan matanya.Memang dasar lelaki buaya katakan.

---------------------------------------------***------------------------------------------------------------



Qistina menghempas dengan kuat pintu biliknya itu.Tiba-tiba perasaan cuak bercampur takut menghantui dirinya ketika ini.Kejadian tadi terimbau-imbau di ingatannya.Kenapa la aku ni buat hal,hari pertama aku kat universiti pulak tu! Adoii ni cari nahas kau Qis! Macam mana aku nak settle masalah ni.Aku kena mintak maaf ke tak yer.Tapi kenapa aku mesti mintak maaf pulak,dia yang salah mestilah dia yang mintak maaf kat aku.Sedang Qistina asyik melayan perasaanya,tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar.Wajah Suraya muncul di sebalik pintu sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada Qistina.Qistina membalas senyuman sepupunya itu bagi menutup segala perasaan yang sedang bersarang di hatinya ketika itu.
“Awal kau balik Qis,”tanya Suraya bagi memulakan perbualan.Dia sedar macam ada yang tak kena dengan sepupunya itu.
“Aku saja balik awal,bosan la program orientasi nie.Aku dah berapa kali menguap tau dengar ceramah dari pagi tadi,”tipu Qistina.Dia malas hendak menceritakan hal yang sebenar kepada sepupunya.Tak nak menambah beban sepupunya yang banyak menolongnya sejak kematian mak.
“Betul ke ni?”serkap Suraya.
“Sue.aku jawab ni dah kira ok dah.Kang aku tak jawab soalan kau,penampar pulak aku kena kan hehe,”sakat Qistina.
“Kau ni kan saja je nak lari topik.Kalau macam tu takpelah.Kalau ada apa-apa masalah beritahulah aku yer.Jangan nak simpan la sangat masalah kau tu.Lama-lama simpan,boleh meletup hati kau nanti,”nasihat Suraya.Sememangnya Suraya sangat mengambil berat akan hal Qistina.Dia sudah menganggap Qistina sebagai adik kandungnya sendiri.Susah dan senang ditanggung bersama.
“Ok bos!”
Senyuman Qistina mati tatkala kelibat Suraya hilang di sebalik pintu.Dia mengeluh dengan perlahan.Pening memikirkan masalah yang sedang dihadapinya kini.Tiba-tiba dia teringat akan pesan maknya yang berpesan kat dunia ni berkawan biar seribu,musuh jangan dicari.”Hmm nampak gayanya aku kena minta maaf kat mamat tu.Aku hanya nak hidup tenang aje lepas ni.Aku hidup hanya untuk diri aku sahaja.Ya Allah,permudahkanlah semuanya,”doa Qistina di dalam hati.
----------------------------------------------------****-----------------------------------------------



Bermulanya hari kedua sesi orientasi bagi pelajar baru seperti Qistina dan Ruby.Hati Qistina mula menjadi semakin tenang.Dia malas hendak memikirkan kejadian yang telah berlaku kelmarin.Misinya hanya untuk hidup dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang.Sudah lama dia mengimpikan saat-saat bergelar pelajar universiti memandangkan taraf hidup keluarganya tidak seperti orang lain.Dia tidak akan melepaskan peluang keemasan yang muncul hanya sekali di dalam hidupnya itu.
Semasa sesi rehat,Qistina mengajak Ruby berjalan-jalan di kawasan universiti.Ruby hanya mengikut tanpa bantahan kerana dia juga mahu mengetahui selok belok tentang tempat belajarnya itu.”Eh Ruby jom kita pergi library.Nampak macam best je,”kata Qistina dengan suara yang ceria.Dia memang suka membaca dan kalau di sekolahnya dulu,tempat melepaknya hanya di perpustakaan sahaja.
“Haa jom.Besar kan library ni,mesti banyak buku yang best-best ni.Nanti kalau ada assignment kita boleh buat kat sini,”kata Ruby dengan muka yang ceria.Dia pun sama sahaja dengan Qistina,ulat buku jugak.
Qistina dan Ruby melangkah perlahan ke dalam perpustakaan yang tersergam indah itu.”Perghh Ruby,kagum saya,”
“A’ah la Qis,cantiknya! Ni buat saya tak sabar nak lepak kat sini selalu.Jom kita cari rak yang berkaitan course kita!”kata Ruby dengan bersungguh-sungguh.Qistina tersenyum melihat reaksi temannya itu.Dia hanya menurut sahaja langkah temannya itu kerana sebenarnya dia berasa segan kerana banyak mata-mata yang memandang ke arah mereka berdua.Mana taknya,sorang bercermin mata tebal dengan tudung yang selekeh nak mampus dan sorang lagi pakaian macam badut.Memang mudah menarik perhatian orang lain. Untuk menutup malunya,dia berjalan sambil menundukkan kepalanya.
Tanpa disedari,Qistina terlanggar sesesorang.Jantung Qistina berdegup kencang.Siapa pulak yang aku langgar ni!Qistina menggangkat mukanya dan alangkah terkejutnya apabila melihat wajah yang terpamer di hadapannya itu.Izham Daniel! Alamak mampus aku kali ni.
“Sorry,”kata Qistina tergagap-gagap sambil ingin berlalu meninggalkan lelaki itu yang sudah mempamerkan muka yang bengis.
Langkah Qistina terhenti kerana tiba-tiba lengannya ditarik kasar oleh lelaki yang bernama Izham Daniel itu.Muka Qistina sudah berubah merah.Berani dia pegang aku,ingat aku ni perempuan murah ker!
“Kau lagi! Kau ni sengaja nak buat aku marah kan?”tempelak Izham dengan suara yang kuat.Bergema satu library.Pelajar lain hanya mampu melihat sahaja drama sebabak yang berlaku di hadapan mereka itu.Mereka tidak berani masuk campur kerana mereka kenal siapa Izham Daniel itu.
Qistina hanya mampu telan air liur je mendengar lelaki itu menghamburkan amarah terhadapnya.Ruby yang berada tidak jauh darinya hanya mampu memandang simpati terhadapnya.Dah nasib badan! “Saya minta maaf atas kejadian kelmarin dan jugak sekarang.Saya tak sengaja langgar,sorry yer,”kata Qistina dengan nada lembut.Dia malas hendak membidas balik kata-kata pedas yang keluar daripada mulut buaya lelaki itu.Nanti tak pasal-pasal jadi kes lain pulak.Lagipun dia masih ingat apa yang Ruby cerita kelmarin.Dia hanya ingin hidup tenang dan menjalani hidup normal macam pelajar lain di universiti ini.
Izham Daniel pelik dengan kata-kata maaf yang keluar daripada mulut musuh barunya itu.Ni mesti ada agenda baru nak kenakan aku balik ni! Perempuan ni bukan boleh percaya sangat!
“Kalau kau nak suruh aku maafkan kau,kena ikut semua syarat aku!Macam mana boleh?”
Qistina terkejut.Syarat? Ishh kalau syarat yang dia kenakan buat hidup aku merana mampus aku kali ini.Qistina memandang ke arah Ruby meminta pertolongan darinya samada terima atau tidak.Ruby hanya mengangguk tanda terima sahaja syarat yang di kenakan oleh Izham Daniel itu.Setelah puas berfikir,akhirnya Qistina memberikan kata putus untuk terima sahaja cadangan lelaki itu.
“Ok,saya setuju.Apa syaratnya?”tanya Qistina dengan tidak sabar.Harap-harap tak teruk sangat syarat yang dikenakan untuknya itu.
“Haa yang itu esok aku bagitau! Aku kena berbincang dengan gang aku dulu.Bak sini nombor telefon kau.Senang sikit kita nak berhubung lepas ni,”
“Haa ?Errr..Saya tak ada nombor telefon,”balas Qistina.Jawapan yang keluar dari mulut Qistina membuatkan Izham terkejut.Zaman punyalah canggih sekarang,ada jugak manusia yang tak ada handphone.Ishh-ishh apa nak jadi la.
“Kau ni datang dari ceruk mana ni?Susah kalau handphone tak ada.Kau tu bukan boleh percaya sangat.Besok lusa kau boleh lari! Kalau macam tu bagi aku ic kau,”
“Ic?”Qistina dah mula cuak.Alamak kalau dia ambil Ic aku,padah nanti aku.Dia tak boleh tengok gambar aku! Bahaya-bahaya!
“Yelah ic. Ke ic pun kau tak tahu? Identity card atau kad pengenalan kau ada tak? Ke pendatang haram kau ni,”duga Izham lagi.
Qistina mula tak sedap hati.Takkan nak bagi ic aku kat dia.Macam mana ni..ishh! “Kalau tak bagi ic tak pe ke?Saya bagi benda lain sebagai ganti.Hmmm awak ambil jam tangan saya ni boleh?Jam ni bernilai bagi saya,arwah mak saya kasi,”
“Huh,kalau macam tu ok la.Nak bagi ic pun macam nak mati jer! Ingat jangan lari! Aku akan cari kau besok,”kata Izham sambil berlalu meninggalkan Qistina.Izham mengenggam erat jam tangan yang sudah berkarat milik musuhnya itu.Siap kau nanti!

-------------------------------***----------------------------------------------------

Izham berjalan laju meninggalkan Adhar dan Faris yang asyik mengorat perempuan di shopping mall itu.Izham malas hendak join sekaki kerana dia datang ke mall sebab ada satu misi. Entah kenapa hari ini dia berasa gembira semacam.Dia yakin hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih menarik dalam kamus hidupnya itu.Adhar dan Faris yang perasan Izham meninggalkan mereka jauh terus mengejar dari belakang.
“Wei bro,apasal laju sangat ni,”tegur Faris sambil memaut bahu teman rapatnya itu.Dia pelik melihat reaksi Izham yang seperti tercari-cari sesuatu sahaja.
“Kau cari apa Iz?”tanya Adhar.
“Aku tengah cari kedai handphone ni.Dari tadi tak jumpa-jumpa,”balas Izham.Adhar dan Faris saling berpandangan.Pelik dengan jawapan temannya itu.Puas mencari akhirnya mereka berjaya menjumpai kedai handphone.Izham tersenyum gembira.
“Kau nak beli handphone baru ker? Kau kan baru beli minggu lepas,rosak ker?”tanya Faris dengan tidak puas hati kerana bermacam-macam bermain di benak fikirannya itu.
“Tak,aku nak beli kat perempuan yang bermata tebal tu haa,”jawab Izham dengan wajah yang selamba.
“What?Maksud kau Qistina?” kata Adhar dan Faris serentak.
“Yelah, aku saja je nak bagi kat minah tu.Korang tau tak,dia tak ada handphone langsung! Memang kekampungan la dia tu.Kalau tak ada handphone susahlah aku nak menjayakan misi aku ni. Kan aku dah citer kat korang pasal plan aku ni.Haa lupa la tu,”
“Eh,ingat-ingat.Cuma terkejut je kau nak bagi dia handphone.Bagi handphone cikai-cikai je la.Dia pun bukan pandai guna sangat,”kata Faris.
“Aku akan bagi handphone mahal kat dia.Giler kau nak bagi handphone cikai-cikai je! Jatuhlah standard aku wei,”
Izham memilih untuk membeli handphone yang sama dengannya.Samsung galaxy note tapi berwarna pink!
“Perghh macam loving couple la pulak korang ni.Sorang pakai warna hitam,sorang lagi warna pink!”usik Faris lagi.Adhar hanya mampu ketawa sahaja.
Izham hanya diam sahaja apabila temannya menyakatnya.Dia malas hendak ambil pusing,yang penting rancangannya berjaya! Aku akan kenakan minah tu cukup-cukup! Ingat senang ke aku nak maafkan dia? Tak semudah itu Qistina,kau tengoklah apa yang aku buat nanti!



No comments:

Post a Comment