Wednesday 5 December 2012

Novel Aku Ditakdirkan Mencintaimu 1



Qistina melihat penampilan dirinya di cermin. Dengan cermin mata yang setebal  dua inci dan tudung yang hampir tidak menampakkan raut wajahnya itu membuatkan dia tersenyum lebar. Inilah penampilan yang dia inginkan selama ini.Esok bermulanya hidup baru dengan penampilan yang baru. Gadis ini sangat unik ,seunik namanya  Nur Balqish Qistina. Zaman sekarang,semua gadis gila akan kecantikkan,fesyen dan macam-macam lagi yang membuatkan diri mereka mendapat tumpuan ramai.Siapa yang tak nak jadi cantik kan? Tanya saja semua perempuan di muka bumi ini,mesti mereka mahu dilihat cantik di mata umum.

Malangnya, hanya seorang sahaja yang akan menjawab begini, “ Buat apa jadi cantik? Cantik  hanya membuatkan hidup jadi huru-hara saja!”. Inilah Nur Balqish Qistina.Pelikkan? Ada jugak manusia yang tak nak jadi cantik!

“Qis, apa nak jadi dengan kau ni,” Suraya bertanya tatkala melihat penampilan sepupunya itu.Dia menjadi pelik melihat keadaan Qistina.Selepas kematian emaknya merangkap  mak saudaranya dua minggu lepas,Qistina menjadi semakin berubah.Ya,perubahan yang sangat drastik!

“Kenapa Sue?Tak jadi apa-apa pun!” jawab Qistina selamba sambil matanya melirik penampilannya hari ini.Hari ini bermulanya dia belajar di Universiti Malaya.Dia mahu semuanya berjalan lancar sepanjang tiga tahun belajar di sini.

“Kau kata tak jadi apa-apa?Cuba kau tengok diri kau sekarang! Ni bukan Qis yang aku pernah kenal dulu tahu tak!”

“So,kau kena belajar nak kenal aku yang baru.Nur Balqish Qistina yang baru,ada faham Cik Suraya?”kata Qistina sambil matanya menjeling tajam ke arah sepupunya itu.

Suraya hanya terdiam.Matanya ralit memerhatikan sepupunya itu.Di hadapannya bukan Qistina yang pernah dia kenal dulu.Dahulu,Qistina seorang gadis yang mementingkan penampilan.Di kampung,siapa yang tak kenal Nur Qistina Balqish.Empunya nama ini menjadi kegilaan semua jejaka di kampung. Dikurniakan seraut wajah yang jelita dan memiliki sepasang mata bundar yang cantik mampu mencairkan hati semua orang yang memandangnya.

“Qis,kau buat macam ni sebab kes dulu kan?”tanya Suraya inginkan kepastian daripada sepupunya itu.

Qistina diam.Hatinya menjadi sebab tatkala sepupunya itu mengungkit hal yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya itu.Qistina berjalan menghampiri sepupunya itu.”Sue,hanya kau seorang sahaja yang aku ada kat dunia ni.Mak aku baru aje meninggal dan aku harap kau terima tindakan yang aku buat sekarang ni.Mak aku meninggal sebab aku! Sebab aku Sue!”

“Tak,Qis kau jangan nak salahkan diri kau atas kematian mak kau! Ini semua takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.Kita kena sabar terhadap dugaan hidup ni Qis,”

Qistina berjalan menghampiri cermin.”Aku bertekad Sue,aku akan jadi Qistina yang baru!Kerana muka aku,mak aku mati! Aku takkan maafkan diri aku ni Sue dan aku takkan maafkan orang yang telah buat hidup aku merana macam ni!”kata Qistina dengan perasaan dendam yang membara di dalam hati.
Suraya terpana.




“Sue! Kenapa kau tak kejutkan aku! Dah lambat ni,”rungut Qistina sambil terus berlari ke arah tandas.Hari ini merupakan hari pertama dia belajar di universiti.Semestinya dia tak nak terlambat pada hari pertama orientasinya.

Suraya hanya menggeleng mendengar rungutan sepupunya itu.Hari ini dia tak bekerja,jadi  bonus untuknya bermalas-malasan di atas katil.

Selesai mandi,Qistina terus mengambil pakaian di dalam almari dan memakai tudung bewarna krim tanpa memandang ke arah Suraya yang asyik melihatnya.

“Wei,takkan kau pergi macam tu jer?”tanya Suraya dengan penuh kehairanan.

“Yelah cik kak oi! Macam ni je la aku pergi!”

“Habis,kau tak gosok ke baju dengan tudung kau tu? Berkedut semacam je aku tengok! Nanti kau kena jadi bahan ketawa orang lain tau!”

“Arghh tak penting semua tu,aku dah lambat ni,aku pergi dulu yer!”kata Qistina sambil memakai cermin mata tebalnya itu.Dia berjalan laju ke arah perhentian bas.Harap-harap masih ada bas lagi masa ni.Qistina melajukan langkahnya tatkala melihat bas berhenti di perhentian bas.Fuhh nasib baik ada bas lagi.

Setibanya di universiti,Qistina berlari-lari anak menghampiri tempat semua pelajar baru berkumpul.Lariannya terhenti tatkala semua mata memandangnya.Habislah aku kali ni! Jantungnya dup dap! Dup dap! Semua mata memandangnya dengan pandangan yang sinis dan jelik! “Ishh kenapa dengan dorang ni! Pandang aku semacam je,”

“Haa,yang cermin mata tebal tu kenapa stop kat situ?Cepat sikit jalan tu,terhegeh-hegeh!”kata salah seorang  pelajar senior yang menggendalikan orientasi ini.Qistina terus melajukan langkahnya tanpa memandang kiri,kanan, atas dan bawah.Tanpa dia sedari,dia tersepak batu lalu terjatuh .Semua mata yang melihat aksi spontan itu ketawa seakan melihat aksi Mr Bean lagaknya.Muka Qistina sudah berubah menjadi merah.Malunya!

Dengan muka yang setebal tiga inci,dia melangkah perlahan-lahan kerana masih terasa sakit di bahagian buku lali kakinya itu.

“Kenapa lambat?”tanya pelajar senior itu.

“Err,,sorry kak, saya..”

“Kak?Excuse me,panggil saya Zura.Nur Azura Tan Sri Arif!”kata Zura dengan lagaknya.

Qistina hanya mencebikkan mulutnya sahaja tatkala mendengar suara yang angkuh itu.Zura membuntangkan biji matanya melihat aksi spontan pelajar baru itu,Nak kena dengan aku ni! Dia belum kenal lagi aku siapa.Siap kau!

“Maaf,tadi saya..”belum sempat Qistina menjawab kedengaran pekikan dan sorakan dari semua orang tatkala melihat tiga orang lelaki berjalan menghampiri kawasan orientasi.Qistina menjadi semakin hairan.Kenapa semua orang macam histeria je melihat mamat tiga ekor ni?Artis ker dorang ni?Qistina mengamati  wajah tiga orang jejaka itu satu persatu.Masing-masing memiliki paras rupa yang kacak dengan faktor fizikal yang tinggi.Tidak hairanlah semua perempuan macam histeria je.

“Hai, Zura,”sapa  Izham Daniel.Zura tersenyum malu tatkala jejaka idamannya menyapanya.Qistina terkejut dengan situasi yang berlaku sekarang.Amboi tadi bukan main garang lagi minah ni,sekarang gedik semacam pulak aku tengok.Hampeh!

“Boleh tak I ambil alih program you hari ni?Kami bosan la hari ni,kami nak buat something interesting dengan pelajar juniour ni,”kata Izham Daniel sambil mata kirinya mengenyit ke arah Zura.Zura terkejut dengan tindakan lelaki idamannya itu.Faris dan Adhar yang berada si samping Izham hanya tersengih sahaja.

“Sure,Iz!”kata Zura sambil berlalu meninggalkan Izham and the gang mengendalikan program itu.Qistina berasa pelik dengan situasi yang sedang berlaku sekarang.Siapa mereka itu dan yang paling dia ingin tahu siapa jejaka yang sedang bercakap dengan perempuan gedik tu?Lantas Qistina berpaling ke arah rakan seperjuangannya di sebelahnya yang terlopong melihat jejaka-jejaka tampan di hadapannya itu.Adoi angau pulak minah sebelah aku ni!

“Err,boleh saya tanya sikit?”Tanya Qistina dengan penuh ramah.

Perempuan di sebelahnya berpaling sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang manis.”Boleh! Apa yang boleh saya bantu?”

Qistina terpana.Lurus bendul rupanya minah nih.”Awak kenal ke tiga orang lelaki tu?”

“Siapa yang tak kenal dorang bertiga tu? Dorang ni dikenali sebagai jejaka hot di universiti kita tau! Itu senior saya la yang bagitahu. Lagi satu kan,salah seorang dari mereka ni merupakan anak  kepada syarikat yang terkenal di negara kita,Syarikat Jaya Maju.Awak kenal kan?”katanya dengan ramah.

Qistina hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu akan kewujudan syarikat itu.Maklumlah dia datang dari kampung,manalah nak kenal syarikat yang besar-besar ni.”Oh,terima kasih.By the way nama saya Qistina,panggil saja Qis,”

“Hee,nama saya pulak Siti Rubiah,kat kampung orang panggil saya Beah.Tapi kat sini saya nak orang panggil saya dengan nama Ruby.Baru famous sikit,awak panggil saya Ruby ye,”

“Oh,Ruby hehe,”

“Awak,awak saya nak tanya satu soalan ni.Awak jangan marah tau!”

“Laa nak tanya soalan je,buat apa saya nak marah.Apa dia?”

“Masalah rabun awak ni teruk sangat ker?Saya tengok tebal semacam je cermin mata awak.Kalau awak tak pakai cermin mata kan,konfirm ramai lelaki terpikat dengan awak.Baju dengan tudung tu awak memang  tak pandai gosok ek?”Tanya Ruby tanpa segan silu.Memang sikap semulajadinya sejak dari kecil lagi bertanya macam-macam.Qistina hanya mampu menggarukan kepalanya sahaja.

“A’ah sejak kecil lagi saya rabun.Saya memang dah macam ni awak,tak boleh nak ubah-ubah dah hee,”
“Saya suka la cakap dengan awak.Awak jadi kawan saya eh kat sini.Oh lupa nak tanya,awak ambil kos apa yer ?”
“Saya ambil kos graphic designer.Awak pulak?”
“Eh sama la kita! Yeahh suka-suka!”Jerit Ruby dengan kuat.Jeritannya membuatkan semua mata memandang Ruby dan Qistina tanpa berkelip.Qistina dan Ruby saling berpandangan dan terus berdiam diri.

Izham Daniel terkejut dengan jeritan kecil itu.Dia berhenti bercakap di depan sebaik sahaja mendengar jeritan kecil itu.Matanya tajam memerhatikan dua orang gadis yang sedari tadi hanya tunduk memandang ke bawah.”Awak berdua bangun! Saya kata bangun sekarang!”Tempik Izham dengan kuat.Sengaja hendak membuli dua orang gadis ini.

Qistina dan Ruby terketar-ketar bangun.Masing-masing tidak berani mengangkat muka ekoran gerun mendengar suara kasar lelaki itu.Izham bertambah berang dengan tindakan dua orang gadis itu.
“Angkat muka! Korang tengok apa kat bawah tu?Bila senior suruh tu buatlah cepat!”

Qistina dan Ruby terus mengangkat muka.Sebaik sahaja mereka mengangkat muka,kedengaran tiga orang jejaka menghamburkan ledakan ketawa yang begitu kuat. Qistina menjadi geram melihat perilaku luar biasa tiga orang jejaka itu.

“Makhluk asing mana pulak yang terlepas ni?”kata Faris dengan suara yang kuat.

“Dua orang ni  mahluk asing dari planet pluto ni bro,”balas Adhar lagi.Izham hanya tersenyum sahaja mendengar lawak dari kawannya itu.

“Makhluk asing?Dorang kata kat aku je kan?Tapi..macam bukan aku je makhluk asing kat sini,”kata Qistina di dalam hati.Dia berpaling ke arah kawan barunya dan terkejut melihat penampilan kawannya itu.Baru dia perasan keadaan yang sebenar.Rupa-rupanya Ruby sama jugak macam dia.Tapi penampilan dia lagi teruk kot! Dengan baju pink,seluar kuning,kasut hijau siap rambut bertocang dua lagi,ditambah dengan gincu yang merah giler.Perghh giler minah ni babe!

“Ehemm..Awak berdua sedar apa kesalahan yang telah dilakukan?”Tanya Izham Daniel dengan tegas.
Qistina dan Ruby saling berpandangan dan masing-masing memberi jawapan tidak tahu.

“Bila senior tengah sibuk bercakap kat depan ni, junior kena buat apa?”

“Errr,tak tahu”balas Qistina dan Ruby serentak.

“Tak tahu? For your information,jawapannya ialah junior kena dengar apa yang senior cakap! Bodoh!Bengap!”

Apabila mendengar sahaja perkataan bodoh yang keluar dari mulut mamat yang tak sedar diri itu,tiba-tiba Qistina berasa sangat marah.Pantang dalam hidup ada orang panggil dia bodoh apatah lagi bengap.Matanya mencerlung tajam kearah lelaki itu.”Berani yer dia kata aku bodoh, bengap.Padahal dia bodoh plus bengap tu tak sedar! Macam mana yer aku nak balas balik kat dia ni?”
Sedang asyik memikirkan idea terbaik untuk dikenakan kepada lelaki ego itu,tiba-tiba dia terpandang seorang perempuan yang sedang membawa sedulang air.”Hmmm, maybe untuk monyet tiga ekor ni.Yes aku ada idea!”

Qistina berjalan perlahan-lahan kedepan.Dia mengambil segelas air oren lalu berjalan menghampiri Izham Daniel.Apabila satu langkah sahaja menghampiri Izham Daniel,Qistina buat-buat jatuh dan air oren telah terkena pada muka Izham Daniel.Bukan sahaja Izham yang terkejut,malah semua orang terkejut dengan situasi yang sedang berlaku sekarang.

 
“Sebab apa?Kau sengaja yer nak kenakan aku?Dasar perempuan bodoh!Nasib baik kau ni perempuan kalau tidak nahas aku kerjakan”pekik Izham dengan kuat.Kesabarannya sudah sampai ke tahap kritikal.Habis bajunya lencun dengan air oren.

Qistina tersentak.Sekali lagi dirinya dipanggil bodoh.”Ya,aku sengaja!Kenapa, kalau aku ni bukan perempuan kau nak tumbuk aku,macam tu? Kat sini siapa yang bodoh.Aku ke kau yang bodoh!For your information, orang yang mandi dengan air oren tu la yang bodoh!”jerit Qistina dengan lantang lalu segera beredar dari tempat itu.Ruby yang menyaksikan kejadian itu terkejut lalu segera mengejar Qistina dari belakang.

Izham Daniel terpana dengan kata-kata Qistina itu.Tiba-tiba dia berasa malu,malu teramat sangat.Dalam seumur hidupnya,tidak pernah dia dimalukan sebegini rupa!”Majlis bersurai! Ingat kalau hal ni tersebar nahas korang semua yer!”kata Izham Daniel kepada pelajar-pelajar lain.

“Kau ok Iz?” tanya Adhar.

“Kau nampak aku ok ke ni hah?”balas Izham dengan suara yang tinggi.

“Relakslah bro,”kata Faris dengan selamba.

“Kita kena cari siapa perempuan tu! Aku takkan lepaskan dia.Ris, kau kena siasat siapa nama budak tu dan kat mana dia tinggal,”Arah Izham kepada Faris.

“Dan kau Ad,kau cari dia ambil course apa! Aku akan kenakan dia cukup-cukup!”kata Izham berserta dendam yang membara di dalam hati.Kau belum kenal lagi siapa Izham Daniel Tan Sri Idris!

No comments:

Post a Comment