Wednesday 5 December 2012

Novel aku ditakdirkan mencintaimu 3



Baru sahaja Qistina hendak melelapkan mata, tiba-tiba kedengaran bunyi hon yang sangat kuat di hadapan rumahnya.Bukan sahaja dia yang terkejut  malah sepupunya sendiri, Suraya yang kebetulan baru keluar dari bilik air.Suraya pantas mendekati Qistina yang sedang bengang itu.Qistina pantang sekali kalau ada orang yang kacau tidurnya.Maklumlah seharian dia sibuk dengan aktiviti sampaikan masa untuk tidur sangat terhad.
“Siapa yang buat bising kat luar tu?”tanya Suraya sambil cuba mengintai di sebalik tingkap bilik Qistina.Matanya terpaku apabila melihat sebuah kereta sport berwarna hitam berada di hadapan rumah. “Betul ke apa yang aku tengok ni Qis?”
Qistina bingung dengan apa yang dikatakan oleh sepupunya. “Kenapa Sue?Kau nampak hantu ker?”tanya Qistina sambil matanya melirik ke arah jam yang terletak elok di dinding biliknya.Jam sudah menunjukkan pukul  dua belas tengah malam.Mungkin apa yang Suraya tengok tu jelmaan hantu kot.Hati Qistina sudah mula tidak senang.Maklumlah dia seorang yang penakut.Disebabkan dia penakutlah,dia tak boleh tidur dalam gelap.Lampu bilik wajib dipasangnya pada  setiap malam.
“Kau ingat aku takut hantu ker macam kau Qis? Kau datanglah sini! Sure kau terkejut beruk tengok ni,”arah Suraya tanpa melihat wajah Qistina.
Qistina mendengus geram.Nak perli aku la tu.Sebaik sahaja dia melihat,mulutnya terlopong luas.Terkejut dengan apa yang dilihatnya.Mak oii, kereta sport tu! “Wei Sue, kau ada member kaya ke? Baik kau turun cepat,member kau dah buat bising tu.Nanti marah jiran-jiran kita ni,dah pukul 12 tengah malam ni,”
“Eh,kau ingat aku kerja jadi executive ke sampai member pakai kereta sport bagai ni?Aku kerja kilang je,kawan aku semua pakai motor.Haa yang paling kaya setahu aku pakai kereta kancil je,”jawab Suraya dengan bersungguh-sungguh.
Qistina menggaru-garu kepalanya.Dia lagi la tak ada kawan memandangkan dia masih baru lagi kat sini.Yang adanya, si minah lurus bendul tu la,Ruby.Tanpa membuang masa,Qistina terus mencapai tudungnya dan keluar untuk bertemu siapakah manusia yang buat bising masa orang lain sedang diulit mimpi.
“Eh Qis,cermin mata kau!”laung Suraya.
Qistina memberhentikan langkahnya.”A’aa,lupa aku,”kata Qistina lalu mengambil cermin mata tebalnya daripada Suraya. Kalau keluar dari rumah,Qistina wajib memakai cermin mata tebalnya itu.Hanya Suraya sahaja dapat melihat kecantikkan asli yang dimiliki olehnya itu.
Qistina mengetuk kuat cermin kereta sport berwarna hitam itu.Milik siapakah kereta itu.Mesti anak orang kaya ni.Sebaik sahaja cermin tingkap dibuka,mata Qistina membuntang bulat.Dia terkejut apabila melihat lelaki yang dikenalinya itu.”Senior!”
“Haa,kenal pun! Ingatkan tak kenal dah.Kau tahu dah beberapa kali aku bunyikan hon ni,sampai dah lenguh tangan aku ni,”kata Izham Daniel dengan angkuh.
Qistina memandang pelik dan mindanya ligat berfikir macam mana lelaki ini tahu rumahnya.”Awak tahu macam-mana rumah saya ni?”
Izham daniel hanya tersenyum sahaja.”Itu tak penting. Kecik je rumah kau ni,tapi sesuai la dengan kau ni,”sindir Izham Daniel sambil melirik tajam ke arah Qistina.Selekeh nak mampus minah ni!
Qistina hanya mendiamkan diri sahaja tatkala disindir oleh lelaki itu.Dasar lelaki bongkak! “Senior nak apa dari saya ni?Saya dah ngantuk ni,kalau ada apa-apa beritahu cepat!”kata Qistina.Sememangnya dia sedang mengantuk giler sekarang.Matanya semakin lama semakin layu.
“Nah!” kata Izham Daniel sambil menyerahkan sebuah bungkusan berisi handphone kepada Qistina.Qistina tercengang. Dia nak bagi apa pulak ni?
“Apa ni senior?”
“Kau ambil je,banyak soal pulak!”
Qistina teragak-agak mengambil bungkusan itu.Sebaik sahaja dia mengambil bungkusan itu,terus sahaja Izham Daniel menghidupkan enjin keretanya lalu memandu laju meninggalkan Qistina terkulat-kulat sendirian.
“Gila ke dia ni?Apa pulak dia kasi ni?”kata Qistina sendirian sambil berjalan masuk ke dalam rumah.Suraya yang sedang menanti di sofa terpandang akan bungkusan yang dipegang oleh sepupunya itu.
“Siapa tadi tu? Bungkusan apa tu?”tanya Suraya tidak sabar.Sememangnya sikap busy bodynya sejak azali lagi.Qistina hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat reaksi spontan kawannya itu.
“Tadi tu senior aku.Tak tau dia bagi apa.Entah-entah bom!”balas Qistina dan tiba-tiba kedengaran bunyi yang kuat di dalam bungkusan itu.Qistina terkejut besar dan lantas membuang bungkusan itu ke lantai.Jantugnya berdegup kencang. Qistina dan Suraya memandang ke arah bungkusan itu.Masing-masing berpandangan.
“Qis,bukalah bungkusan tu.Aku rasa macam bunyi handphone je,”
Dengan pantas Qistina membuka balutan bungkusan itu.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kotak handphone.Dia membuka kotak itu dan ternampak handphone berwarna pink sedang nyaring berbunyi.Qistina dan Suraya saling berpandangan.
“Wow,dia kasi kau handphone! Galaxy note tu babe,bertuahnya kau! Angkatlah cepat phone tu,”kata Suraya.
“Tapi nak tekan kat mana ni?Aku mana pernah guna handphone selama ni,”jawab Qistina dengan lurus bendul.Sememangnya, sepanjang hidupnya dia tak pernah menggunakan handphone.Kalau urgent sangat baru dia guna, tu pun public phone.
“Kau tekan la butang mana-mana pun.Aku pun tak pandai sangat guna touch screen ni,”
Qistina hanya tekan je yang mana,akhirnya dia mendengar dengan jelas suara pemanggil.Terus dia meletakkan handphone di telinganya.”Hello,siapa ni?”
“Siapa ni? Kau tak baca ek nama aku kat screen besar tu?Mata letak kat lutut ke wei? Ni,aku nak bagitahu kau,kau kena jaga elok-elok handphone ni.Mahal tau aku beli and one more thing aku bukan bagi kat kau terus,aku just pinjamkan sahaja,”kata Izham Daniel dengan suara yang angkuh.Qistina yang mendengar omelan lelaki itu hanya mencebikkan bibirnya sahaja.
“ Esok aku nak kau tunggu aku di depan pintu masuk universiti sebelum pukul 8 pagi. Bawa sarapan untuk aku sekali yer,aku nak nasi goreng dengan teh tarik.Kalau kau datang lambat,siap kau!”akhiri Izham Daniel lalu memutuskan panggilan.Qistina hanya mampu mengeluh mendengar arahan daripada seniornya itu.Adoii sebelum pukul 8? Esok program start pukul 9.30 pagi.Nak buat apa awal-awal ni?
“Kenapa wei?Aku rasa kau ada sembuyikan sesuatu dari aku ni,” serkap Suraya.Dia perasan ada sesuatu yang sedang dihadapi oleh sepupunya itu.Qistina hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Baginya,ini bukan masa yang sesuai untuk beritahu hal yang sebenar memandangkan matanya sudah mengantuk giler.Dahlah esok pagi kena bangun awal.Kalau lambat seminit,mampus aku kena denda dengan senior bongkak tu.
“Lain kali aku bagitahu yer,aku masuk bilik dulu,”balas Qistina sambil melangkah masuk ke dalam biliknya.Suraya hanya  mengeluh mendengar kata-kata sepupunya itu.”Ya Allah,Kau lindungilah sepupuku ini,”
-----------------------***---------------------------------------

Izham Daniel bersiap awal pagi itu.Dia tak sabar hendak membuli perempuan yang bernama Qistina itu.Dia bersiul-siul ketika turun tangga.
“Hai,awak anak mama bangun hari ni,”kata Puan Sri Farah kepada anaknya itu.Selalunya anaknya liat nak bangun pagi.
“Saja bangun awal,tak boleh ke mama?Kan rezeki mudah masuk kalau bangun awal-awal ni,”balas Izham Daniel sambil mencium pipi mama itu.Izham Daniel memang anak yang manja di rumah.Hanya di luar rumah sahaja dia menjadi orang lain.
“ Baguslah kalau macam tu,ni buat mama sayangkan anak bujang mama sorang ni.Jom sarapan,”
“Iz sarapan kat luar mama.Lagipun Iz dah janji dengan Ad dan Ris,”Dalih Izham.
“Kalau macam tu takpe la.Mama naik atas dulu,nak kejutkan papa kamu tu.Dah berapa kali mama kejutkan dia,masih tak bangun-bangun lagi,”
“Iz pergi dulu yer mama,”kata Izham sambil mencium tangan mamanya.
Izham Daniel memandu laju sambil matanya melirik jam kat dashboar keretanya itu.Dah hampir pukul 8.05 pagi.”Mesti perempuan tuh sedang tunggu aku,”kata Izham Daniel sendirian.Dia tersenyum sendirian apabila mengenangkan nasib Qistina selepas ini.Dia akan buat apa sahaja untuk mengenakan Qistina.
Setibanya di tempat yang dijanjikan semalam,batang hidung Qistina tidak kelihatan.Ini membuatkan Izham Daniel bengang.Dia mendail nombor telefon Qistina yang dibelinya semalam. Malangnya panggilannya tidak dijawab.Dia mendail lagi untuk kali kedua dan akhirnya Qistina menjawab dengan suara yang layu.Sah minah ni tak bangun tidur lagi!
“Woi,kau tak bangun lagi ker?”sergah Izham Daniel dengan kuat.Qistina yang tengah mamai itu terkejut dengan suara Izham yang kuat itu.Qistina memandang jam di dinding biliknya itu.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat jarum jam sudah menginjak ke angka 8.20 pagi.
“Saya minta maaf senior sebab terlajak tidur. Selepas subuh tadi saya sambung tidur sekejap sebab mata saya mengantuk giler tadi.Saya bersiap sekarang yer!”
“Tak payah! Buang masa aku je tunggu kau.Ni last warning aku kasi kat kau.Jika kau buat lagi,siap kau aku kerjakan,”balas Izham lalu memutuskan panggilan.
Qistina hanya menganggukkan kepalanya sahaja walaupun dia tahu anggukannya tidak dilihat oleh Izhan Daniel.Tanpa membuang masa dia terus bangun dan membersihkan dirinya itu.Dia harus bersiap untuk program hari ketiga orientasi.

---------------------***---------------------------------
Sesi orientasi berjalan dengan lancar.Qistina bersyukur kerana dia tidak bertembung lagi dengan kakak yang angkuh tempoh hari, Zura.Mungkin program hari ni bukan dikendalikan olehnya.Tak muncul pun tak apa, selamat sikit hidup aku!
“Awak mengelamun apa tu?Qis, saya tak sabar nak bercamping nanti,”kata Ruby memecahkan keheningan antara mereka.
“Awak suka bercamping ker?Kalau saya lah malas nak join, lecehlah,”rungut Qistina.Dia memang tak suka bercamping sejak dari dulu lagi.Kalau sekolah menganjurkan camping, dia akan bagi seribu alasan untuk tidak menghadiri camping itu.Malangnya, untuk kali ini dia terpaksa join untuk melengkapkan jadual orientasinya itu.
“Mestilah suka!Dapat kenal ramai kawan baru dan saya dengar berita kan Izham Daniel and the gang join jugak!”
“Apa?”jerit Qistina. Alamak mati aku kalau dia join juga nih.”Betul ke ni Ruby?”
“Ye la.Mesti best kan dorang join,”kata Ruby dengan ceria tanpa menyedari muka Qistina sudah berubah pucat.
Qistina bangun lalu menuju ke tandas.Fikirannya berkecamuk mengenangkan apa yang diberitahu oleh Ruby tadi.Dia membasuh mukanya dan melihat dirinya di dalam cermin.Matanya lama memandang mukanya yang tanpa cermin mata tebal itu.Dia membetulkan tudungnya yang serabai itu. Dia memegang pipinya yang licin itu seterusnya bahagian hidung,mulut dan akhirnya matanya. Dia bersyukur kerana Allah mengurniakan rupa paras yang jelita untuknya.
Malangnya,apabila dia mengenangkan tragedi yang berlaku dalam hidup keluarganya yang lalu,dia merasakan dirinya pembunuh! Ya,pembunuh! “Mak,maafkan Qis! Qis bersalah mak,”
Sedang Qistina asyik melayan perasaanya,tanpa dia sedari Zura masuk ke dalam toilet.Qistina terkejut melihat seniornya yang memandang tajam ke arahnya.Dengan cepat-cepat Qistina memakai cermin mata tebalnya itu lalu berlari keluar.
“ Betul ke apa yang aku lihat tadi? Takkan budak serabai tu,arghh tak mungkin!”kata Zura sendirian.Dia tidak boleh menerima hakikat yang ada orang lebih cantik daripada dia.Selama ini, dialah ratu di universiti ini.Mana-mana dia pergi,semua mata lelaki memandangnya tanpa berkelip.
“Tapi,budak serabai macam tu dengan cermin mata tebal takkan ada orang pandang kot! Melainkan dia tanggalkan cermin mata!Aku takkan biarkan dia tanggalkan cermin mata sampai bila-bila! Aku kena sentiasa perhatikan dia ni,”tekad Zura di dalam hati.Dia memerhatikan mukanya di cermin.Matanya tertancap ke arah hidungnya itu.
“Ishh,apasal tiba-tiba kemek semacam ni? Baru saja dah repair,takkan jadi macam asal balik ni? Aku kena jumpa doktor balik ni,membazir je aku bayar mahal-mahal kat dia,”
Itulah Nur Azura Tan Sri Arif.Rela buat apa sahaja asalkan mampu kelihatan cantik.Dia tidak kenal yang mana halal dan haram.Soal hukum hakam agama dipersiakan semata-mata untuk kelihatan cantik.





No comments:

Post a Comment