Wednesday 5 December 2012

Novel aku ditakdirkan mencintaimu 4



“Sue,kenapa tak kejutkan aku!” jerit Qistina dari dalam bilik.Suraya yang sedang menyiapkan sarapan pagi hanya mampu tersenyum mendengar jeritan sepupunya itu.Siapa tak kenal perangai sepupunya yang sorang itu.Memang susah bangun pagi. Dah berapa kali dia kejutkan Qistina,malangnya perbuatannya hanya sia-sia.
Selesai mandi, Qistina terkocoh-kocoh menyiapkan dirinya.Nasib baik dia sudah packing semua barang yang hendak di bawa untuk camping hari ini. “Sue,aku pergi dulu!”laung Qistina.
“Eh,kalau nak cepat pun sarapanlah dulu. Kau kan mana boleh tak makan sarapan,nanti gastrik pulak,”balas Suraya.
“Tak sempat dah Sue,aku dah lewat sangat ni.Aku pergi dulu,”
Qistina berlari-lari anak ke arah perhentian bas.Tiba-tiba handphone berbunyi lantas Qistina menjawab panggilannya itu.
“Hello,”
“Kau kat mana ni?Dah lama kami tunggu kau ni! Amboi ingat kau tu tetamu vvip ker?” sergah Izham Daniel dengan tiba-tiba.Qistina menghentikan lariannya.Dia terkejut dengan sergahan lelaki itu.
“Saya...saya baru nak tunggu bas ni.Tadi saya bangun lewat,”jawab Qistina tergagap-gagap.
“Haa baru nak tunggu bas?Adoii kalau macam tu kau tunggu kat situ.Kau jangan naik bas faham! Tunggu kau naik bas alamak tak jadi la program kita ni!”
Izham Daniel mematikan panggilannya.Dia mendengus kuat sehingga menarik perhatian orang lain termasuk Zura.Zura pelik dengan keadaan jejaka idamannya itu.Memang sekarang semua orang tengah tunggu perempuan bermata tebal itu.Tetapi kenapa tiba-tiba sahaja Izham rela hati nak menjemput dia?Ini tak boleh jadi ni,aku kena siasat hal sebenar yang berlaku antara mereka!

Izham memandu laju ke arah perhentian bas yang ditunggu oleh Qistina.Dari jauh dia memerhatikan kelibat Qistina yang terpacak berdiri di situ.Bagus mendengar kata juga budak ni.Izham membunyikan hon sebaik sahaja sampai.Qistina yang jauh mengelamun terkejut dengan bunyi hon yang kuat itu.
“Awak ni suka sangat kejutkan saya!”marah Qistina.Lama-lama macam ni, boleh sakit jantung aku ni.
“Ikut suka aku la.Cepatlah,dah lambat ni!”
Qistina merengus kuat.Dasar lelaki ego, pentingkan diri sendiri.Dia terus masuk ke dalam kereta dan menutup pintu dengan kuat untuk menunjukkan protesnya terhadap lelaki di sebelahnya itu.
“Kalau ye pun marah, tak payahlah tutup pintu kereta aku kuat sangat! Kang tercabut pintu nanti,kau jugak yang susah,” marah Izham Daniel.Dia menjeling tajam ke arah Qistina yang hanya memandang ke luar tingkap. Izham menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya dan memandu laju ke tempat semua pelajar berkumpul.
Zura hanya mencebikkan bibirnya tatkala melihat Qistina keluar dari kereta sport milik Izham Daniel.”Ini tak boleh jadi ni,aku kena buat sesuatu,”kata Zura di dalam hati.
“Lambatnya princess ni datang?Bermimpi putera kayangan masuk meminang ker?”sindir Zura terhadap Qistina.Qistina hanya buat-buat tak dengar sahaja.Malas dia hendak mengeruhkan lagi keadaan.
“Ok,memandangkan semua dah ada,kita boleh bergerak sekarang! Minah mata tebal, disebabkan kau datang lewat,kau kena naik bas akhir sekali dan check peralatan dah cukup ke tidak ok!” arah Zura dengan tegas sambil matanya menjeling tajam kearah Qistina.
“Nama dia Qistina,”kata Ruby tiba-tiba.Dia berasa geram kawannya diperlakukan sebegitu rupa.Qistina menyiku Ruby supaya menutup mulutnya sahaja.Buang masa sahaja melayan perempuan yang bongkak ni.
“Qistina ker,Qastina ke ada aku kisah?Cepat semua masuk,kita dah lambat ni,”
Izham Daniel hanya mendiamkan diri sahaja.Dia malas hendak masuk campur dalam hal perempuan.”Jom Ad,Ris kita naik bas,”arah Izham sambil matanya memandang Qistina yang sedari tadi hanya menundukkan kepalanya sahaja.
Selepas memastikan semua peralatan cukup dan tidak tertinggal,Qistina melangkah masuk naik ke dalam bas.Dia mencari tempat kosong,malangnya semua tempat duduk sudah penuh.”Adoii aku nak duduk kat mana pulak ni? Takkan kena berdiri kot,”
Zura yang duduk di sebelah Izham Daniel hanya mencebikkan bibirnya.Padan muka! Dia sengaja melebihkan penumpang kerana hendak mengenakan secukupnya musuh barunya itu. Dia telah merencanakan beberapa plan untuk mengenakan lagi musuhnya itu.Aku akan biarkan hidup dia merana!
Kesian Qistina, padahal dia tak buat apa-apa kesalahan terhadap Zura.Inilah dinamakan manusia,penuh dengan hasad dengki.Qistina mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sepanjang perjalanan memandangkan tiada tempat duduk buatnya.Ruby memandang simpati terhadap kawannya itu.Dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana tempat duduk telah ditetapkan oleh para senior.
“Zura,macam mana terlebih orang ni? You kira dah betul ke ni?”tanya Izham Daniel dengan pandangan yang pelik.
“Maybe I tersilap kira peserta Iz.Takpelah budak cermin mata tebal tu berdiri.Bukan lama pun,satu jam je!” jawab Zura dengan ringkas.
Izham terdiam mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Zura itu.Dia memandang sekejap ke arah Qistina.Qistina hanya menundukkan kepalanya sahaja.”Arghh lantaklah dia tu! Buat apa aku kesian kat dia!”
Bas bergerak perlahan keluar dari kawasan universiti ke kawasan perkhemahan yang terletak di kuala selangor.Kepala Qistina mula berasa pening kerana keadaan jalan yang bersimpang siur itu, dahlah dia tak bersarapan tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi.Perutnya mula berkeroncong.Dia risau penyakit gastriknya akan datang lagi.Tiba-tiba dia terdengar ada orang memanggil namanya.Lantas dia berpaling dan melihat Zura melambaikan ke arahnya.Dengan bersusah payah,dia melangkah ke arah Zura yang duduk di belakang sekali. Keadaan bas yang selalu bergoyang itu menyukarkan langkah Qistina itu.
Sebaik sahaja kakinya menghampiri tempat duduk Zura,tiba-tiba bas berhenti dengan mengejut.Badan Qistina terus terdorong ke hadapan dan jatuh ke arah Izham Daniel.Zura yang duduk di tepi tingkap bersebelahan Izham terkejut besar dengan kejadian yang berlaku pantas dalam sekelip mata itu.
Bukan sahaja Zura terkejut, yang paling terkejut mestilah Qistina dan Izham. Mata mereka bertentangan dan seperti arus elektrik mengalir di dalam badan mereka. Jantung Izham berdegup pantas.Dengan pantas, Izham menolak kuat badan Qistina itu sehingga Qistina jatuh terduduk.
“Adoii,” rungut Qistina.Matanya mencerlung tajam ke arah Izham Daniel yang kebetulan sedang memandangnya jugak. Pinggangnya terasa sakit teramat sangat. Walaupun sakit,Qistina gagahkah dirinya juga untuk bangun. Perlahan-lahan dia bangun sambil menjeling tajam ke arah Izham.
“Ada apa panggil saya?” tanya Qistina perlahan ke arah Zura tanpa mempedulikan Izham Daniel yang masih memandangnya itu.
Zura mendegus kuat.Hatinya tiba-tiba menjadi sakit apabila teringat kejadian yang berlaku sebentar tadi. “Aku saja je panggil kau,dahlah pergi jauh-jauh! Menyemak je berdiri kat sini! Pak cik kenapa tiba-tiba berhenti ni?”
“Kita dah sampai ni,”kata pemandu bas lalu keluar dari bas.
Qistina membuntangkan matanya sebaik sahaja mendengar jawapan yang keluar daripada mulut seniornya itu. Saja-saja je panggil aku? Dia ni nak kena dengan aku! “Saja-saja? Huh jawapan yang paling bodoh aku pernah dengar. Kau ingat kau senior kau boleh buat sesuka hati bapak kau je ke? Ingat aku ni tak ada perasaan?” balas Qistina. Dia sudah hilang sabar terhadap seniornya itu.
Kemarahan Zura memuncak apabila mendengar kata-kata kasar Qistina itu. Lantas dia berdiri dan hendak menyerang Qistina yang berdiri tidak jauh darinya.Malangnya Zura di halang oleh Izham Daniel.
“Iz,you jangan masuk campur.Berani dia cakap kasar dengan I! I nak kenakan dia cukup-cukup agar dia sedar dengan siapa dia cari pasal sekarang ni,”
“ You duduk Zura.Biar I yang sedarkan perempuan yang tak sedar diri ni!” balas Izham Daniel lalu menolak kasar tubuh Qistina dengan kuat sehingga Qistina jatuh terduduk.Semua orang terkejut dengan apa yang sedang berlaku sekarang ni. Zura terkejut dengan tindakan drastik Izham itu.Tetapi apa yang mengejutkan lagi Zura ialah apabila cermin mata Qistina terpelanting jauh dan membuatkan fikiran Zura tidak menentu.
Semua orang tak boleh tengok Qistina tanpa cermin mata terutama Izham! Zura memikirkan cara terbaik untuk mengelakkan muka sebenar Qistina daripada pandangan umum. Dengan pantas dia mengambil cermin mata dan beri kepada Qistina.Lantas Qistina mengambilnya dengan cepat dan berjalan keluar daripada bas. Dia meraba pinggang dan punggungnya yang terasa sengal itu.Sampai hati dia buat macam tu! Tanpa disedari air matanya keluar perlahan membasahi pipinya yang gebu itu.Selama ni, tiada sesiapa yang berani mengasarinya.
“Iz,why?”tanya Zura sebaik sahaja semua orang keluar dari bas.Hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam bas itu.
“I nak protect you.Why tak boleh ker?”
Zura tersenyum manis apabila mendengar kata-kata lelaki idamannya itu.”Thank you, Iz,”
Izham hanya tersenyum dan bergegas keluar dari bas.Tiba-tiba dia berasa tak sedap hati.Kenapa aku buat macam tu yer?” Arghh lantaklah! Biar dia sedar diri sikit! Berlagak nak mampus,”
 Qistina mengesat matanya yang mula berair itu.Dia perlu kuat untuk mengharungi hidup yang mencabar ini. Ya Allah, Kau lindungilah aku. Berikanlah aku ketabahan untuk mengharungi hidup ini.
“ Qis,” panggil Ruby dari jauh. Qistina cepat-cepat mengelap matanya supaya kawannya itu tidak menyedari dia menangis.Dia perlu tunjuk kuat di hadapan orang lain walaupun sebenarnya dia seorang yang lemah.
“Qis, awak tak apa-apa ker?” tegur Ruby. Qistina terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Ruby kepadanya.Inilah dinamakan kawan dunia akhirat.
Qistina tersenyum. “ Saya tak ada apa- apa la.Sakit sikit je, nanti baiklah tu,”
“Ishh tak patut betoi senior tu tolak awak! Saya dah mula benci lelaki berlagak tu! Geram saya tengok,ada ke patut pukul perempuan,”
“Tak payah la sebut pasal lelaki tu, biar Allah yang bagi balasan kat dia. Eh, jomlah kita pasang khemah.Kang tak pasal-pasal singa betina tu mengamuk pulak,” kata Qistina merujuk kepada Zura,senior mereka sebagai singa betina. Ruby tergelak kecil apabila Qistina menggelarkan Zura sebagai singa betina.
“Bukan singa betina je mengamuk Qis, ni singa jantan pun mengamuk jugak,” balas Ruby berserta tawanya yang kuat itu. Singa jantan merujuk kepada Izham Daniel. Qistina tersenyum mendengar gurauan kawannya itu.Lantas mereka bergegas menyiapkan tugas yang telah diberikan kepada mereka.


Pada malam itu, semua pelajar baru berkumpul di tapak perkhemahan masing-masing.Acara barbeque diadakan dengan penuh meriah. Qistina dan Ruby bergurau sesama sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Qistina tidak memandang wajah Izham Daniel yang asyik berkepit dengan Zura.Dia berasa benci hendak memandang wajah lelaki itu. Qistina makan dengan lahapnya kerana sejak siang tadi dia tidak makan langsung.Nasib baik penyakit gastriknya tidak menyerangnya.
Izham memandang Qistina yang sedang makan dengan lahapnya.Dasar perempuan selekeh! Kotor betul dia makan!Budak darjah satu pun tahu adab makan,ish-ish. Zura yang kebetulan berada di sebelah Izham memandang tajam ke arah Qistina. Zura jadi marah apabila melihat Izham memandangnya sejak dari tadi.Ishh ni tak boleh jadi ni!
Zura berjalan menuju ke arah Qistina sambil memegang secawan kopi panas.Dengan sengaja dia buat-buat jatuh dan terkena tangan Qistina.Qistina mengaduh kesakitan dek penangan air panas itu.Ruby terkejut dengan insiden yang tiba-tiba berlaku itu.
“Kenapa dengan senior ni!” jerit Ruby dengan kuat. Tiba-tiba dia berasa marah teramat sangat. Dia tahu Zura sengaja menumpahkan air kopi panas terhadap Qistina.
“Ruby! Saya tak apa-apa la,kena sikit je ni,” kata Qistina dengan lembut.Dia malas hendak bergaduh dengan perempuan angkuh ni.
“Haa,kau dengar tu! Kawan kau tak kata apa-apa pun,kau je yang lebih!”kata Zura dengan kasar.Dia menjeling tajam ke arah dua orang perempuan di hadapannya itu. Ruby hendak membalas tapi ditahan oleh Qistina. Qistina malas hendak memanjangkan pergaduhan ini.
Adhar yang memang sejak dari tadi perhatikan sikap Zura terhadap Qistina mula berasa tidak sedap hati.Tiba-tiba dia berasa kasihan terhadap Qistina.Sesungguhnya Qistina tidak bersalah dalam hal ni.Zura sengaja mencari kesalahan orang lain.”Sudahlah Zura.Kenapa dengan you ni haa?”tegur Adhar.
Izham Daniel menjadi berang apabila melihat kawan baiknya itu backup musuhnya itu.” Kau ni kenapa Ad nak backup budak selekeh ni!”
“Aku bukan backup Iz.Kita sekarang kan sedang dalam program untuk menjalinkah ukhuwah dengan pelajar baru. Tak eloklah bergaduh sesama sendiri,”
“ Dengan budak selekah ni dengan kawan badut dia tu tak payahlah nak jalinkan ukhuwah sangat.Dorang tu tak respect kita sebagai senior dia! Kau tak payah nak tunjuk simpati sangat lah,”
“Haa,betul apa Iz cakap tu. Ad, kenapa dengan you ni? You jangan mudah terpengaruh dengan budak baru ni,”kata Zura dengan tiba-tiba, sengaja untuk menutup kesalahannya.
“Dahlah,malas aku nak layan! Kita bersurai sekarang. Aku nak dua orang kawan baik dunia akhirat ni kemaskan tempat ni sampai bersih.Yang lain boleh masuk tidur,” arah Izham Daniel dengan tegas tanpa memandang wajah Qistina yang dari tadi memandangnya dengan tajam. Api kemarahan tiba-tiba muncul di dalam hatinya. Sabarlah duhai hati!
Qistina dan Ruby terpaksa mengemaskan tempat barbeque yang bersepah itu. Qistina melihat Ruby asyik menguap sejak dari tadi.Kesian dia,sebab aku dia kena denda jugak. “Ruby, awak masuk tidurlah dulu.Tinggal sikit je lagi,saya boleh uruskan semua ni,”
“Eh, mana boleh Qis.Ni kerja kita bersama,”
“Its okay Ruby.Lagipun saya tengok awak letih semacam je ni, saya boleh buat semua ni,tinggal sikit je lagi,”
Akhirnya Ruby mengangguk dan terus menuju ke khemahnya.Qistina terus menjalankan saki baki kerjanya itu.Sepuluh minit kemudian, akhirnya dia berjaya membersihkan kawasan barbeque itu.Badannya berpeluh kuat ekoran membuat kerja pembersihan itu.Dia tekad untuk membersihkan dirinya dulu sebelum tidur.
Qistina berjalan perlahan-lahan ke arah tandas yang terletak agak jauh dari kawasan perkhemahan.Hatinya berdebar-debar mengenangkan tempat yang begitu jauh dan gelap itu. Pelbagai andaian buruk yang berlegar di mindanya ketika itu. Dia terdengar macam-macam cerita yang kurang menyenangkan berlaku di kawasan hutan macam ni. Tapi apabila mengenangkan badannya yang melekit itu, dia beranikan diri. Dia tidak boleh tidur dalam keadaan yang melekit macam itu.
Setibanya di tandas, Qistina terus masuk dan mengunci pintu bilik air.Dia malas hendak berfikir bukan-bukan.Dengan cepat dia membersihkan badannya itu. Sedang asyik mandi,tiba-tiba dia terdengar bunyi derapan kaki seseorang.Jantung Qistina berdegup kencang.Dengan pantas dia memakaikan bajunya dan keluar perlahan-lahan dari tandas.Dengan bantuan cahaya bulan, dia melihat keadaan sekeliling yang gelap itu,malangnya tiada orang di sekelilingnya itu.
“Hmm mungkin aku silap dengar ni,” kata Qistina sendirian lalu segera beredar. Langkahnya terhenti apabila memegang kepalanya.”Adoii, lupa nak pakai tudung! Eh cermin mata aku!”
Qistina melangkah semula ke arah tandas dan tiba-tiba lengannya disentap dari belakang.Qistina terkejut dan berpaling ke belakang.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Izham Daniel yang memegang lengannya itu. Mata Qistina bulat memandang wajah Izham yang tajam memandangnya itu.
“Siapa awak? Buat apa malam-malam kat sini?” tanya Izham daniel tanpa menyedari bahawa perempuan di hadapannya itu ialah Qistina.
Qistina mula kaget.






No comments:

Post a Comment