Wednesday 5 December 2012

Novel aku ditakdirkan mencintaimu 5



Fikiran Qistina rancak berfikir apa yang harus dia lakukan sekarang. Matilah aku kalau dia tahu muka aku.
“Siapa awak?”tanya Izham lagi.Dia terpegun dengan keindahan dan kejelitaan rupa paras gadis di hadapannya itu.Dengan rambut yang panjang mengurai membuaikan perasaan lelakinya itu.
Jantung Qistina berdegup kencang tatkala matanya bertentangan dengan mata Izham.Tanpa berfikir panjang, dia terus berlari meninggalkan Izham.Dia berlari ke arah semak untuk seketika.Fikirannya tidak menentu ketika ini.
Izham Daniel terkejut dengan tindakan spontan daripada perempuan yang baru dikenalinya itu. Dia cuba mencari malangnya gagal. Tiba-tiba ada seseorang memanggilnya dari belakang.
“Kau buat apa tu Iz?”tanya Faris yang kebetulan berada di situ untuk pergi ke tandas.Izham Daniel terdiam.Dia teringatkan gadis yang baru dijumpainya tadi.Sangat cantik,tapi siapa dia?
“Kau ni kenapa Iz? Macam kena sampuk je,” tegur Faris lagi apabila melihat kawannya tidak membalas pertanyaanya itu.
“Tak, kau tau Ris tadi aku jumpa seorang perempuan.Fuhh cantik giler wei,”
“Kau jumpa perempuan kat sini? Tengah malam buta ni? Biar betul kau ni,”
“Aku masih waras laa..kat sini la aku jumpa,cantik sangat,”kata Izham Daniel dengan bersungguh-sungguh.
Faris mula tak sedap hati.Entah- entah Izham jumpa bunian tak?”Dah, jom kita balik,” kata Faris sambil mengheret tangan Izham yang masih terpinga-pinga itu. Izham Daniel hanya menurut sahaja langkah kawannya itu. Dia mengeluh di dalam diam.Siapakah perempuan tu?
Qistina keluar dari tempat persembunyiannya itu.Dia berasa lega kerana Izham tak tahu tentang dirinya.Dia cepat-cepat berlari ke arah tandas dan mengambil tudungn dan cermin mata yang tertinggal.Dia terus memakainya dan berjalan laju ke arah khemahnya. Dia mahu melelapkan mata dengan cepat sekaligus melupakan kejadian yang berlaku tadi. Ini kali pertama lelaki melihat mahkota yang selama ini dilindunginya.Izham Daniel lelaki yang pertama melihat rambutnya yang ikal mayang itu.


“Wei bangun! Kenapa liat sangat nak bangun ni,” jerit Zura ke arah khemah yang dihuni oleh Qistina dan Ruby.Ruby terkejut dengan jeritan singa betina itu lantas bangun tanpa mengejutkan Qistina yang sedang lena dibuai mimpi. Terkejut punya pasal sampai tak sempat nak kejutkan kawannya itu.
“Mana budak cermin mata tebal tu?” tanya Zura kepada Ruby.Ruby yang sedang mamai itu hanya menggelengkan kepalanya dan bergegas menuju ke arah tandas untuk membersihkan dirinya itu.
“Bertuah punya badut!” marah Zura lalu berjalan laju ke arah khemah Qistina.Kemarahannya memuncak apabila melihat Qistina masih lena dibuai mimpi.Ini tak boleh jadi ni! Matanya memerhatikan Qistina yang sedang tidur itu. Hatinya cemburu melihat keindahan yang terdapat pada musuhnya itu. Kecantikkan asli yang tidak terdapat pada dirinya itu. Dia sedar, dirinya tidak secantik perempuan yang sedang lena tidur itu. Kalau dia hendak keluar, dia akan memastikan dirinya bermekap tebal untuk kelihatan cantik.Dia takkan membiarkan dirinya keluar tanpa sebarang alat mekap.
“Wei, bangun!” jerit Zura di telinga Qistina.Qistina terkejut besar dan terus bangun. Dia memandang Zura yang menjeling tajam ke arahnya itu. Adoii matilah aku kali ni!
“Disebabkan lewat, kau kena denda. Aku nak kau cari kayu api. Kayu api semalam dah habis dah,”
“Baiklah,” balas Qistina sambil mengeluh dalam diam.Dia terus bangun dan melangkah keluar dari khemah untuk membersihkan dirinya.
Zura tersenyum dalam diam.Aku akan hantar kau selama-lamanya pergi dari dunia ni.Baru aman hidup aku!

 Izham Daniel asyik termenung sejak dari tadi. Fikirannya teringat tentang kejadian malam tadi. Siapakah gerangan perempuan cantik tu?
“Kau masih teringatkan hal malam tadi?” sapa Faris yang tiba-tiba muncul dan duduk di sebelahnya. Izham Daniel memandang sekilas ke arah kawannya sambil menganggukkan kepalanya.
“Aku rasa kan yang kau jumpa semalam tu bukan manusia,”
“Apa maksud kau Ris?”
“Kau faham kan maksud aku? Kau jumpa dia tengah hutan macam ni, waktu malam pulak tu.Kau boleh agak apa yang aku fikirkan?” kata Faris berterus terang.
“ Maksud kau, bunian? Ish merepeklah ,” balas Izham tidak percaya.
“ Aku tak merepek Iz.Perempuan tu cantik kan? Dan setahu aku, kat kem kita ni Zura je yang cantik.Yang lain muka bersepah kat luar tu. Malam tadi bukan Zura kan yang kau jumpa?”
Izham mengangguk menjawab pertanyaan kawannya itu.Betul jugak cakap Faris tu.Mungkin malam tadi aku jumpa orang bunian. Orang tua-tua cakap, orang bunian ni cantik. “Hmm, dahlah malas aku nak fikir hal ni.Maybe orang bunian aku jumpa semalam.Wei aku laparlah, dah siap ke belum yer sarapan ni,”
“Entahlah Iz.Aku tengok macam tak siap lagi je ni,”balas Faris sambil matanya memandang ke arah meja yang belum terhidang makanan lagi.
Izham Daniel lantas bangun menuju ke arah meja makan. “Ni kenapa tak siap hidang lagi ni?”
“Iz, kami tak boleh masak sebab kayu api tak ada. I dah suruh budak cermin mata tu cari kayu api. Tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung lagi.Nak curi tulang la tuh,” kata Zura yang kebetulan berada di situ. Dia tersenyum di dalam diam. Di dalam fikirannya terbayang Qistina yang sedang mencari jalan keluar, sesat katakan. Dia telah merencanakan sesuatu untuk membuang Qistina dari hidupnya sampai bila-bila. Dia sengaja memberi jalan yang salah kepada Qistina dengan menyuruh Qistina mencari kayu api di dalam hutan yang tebal itu. Bukan dia tidak tahu banyak cerita yang dia dengar tentang hutan tebal itu. Banyak binatang buas dan dah ramai orang hilang sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi mangsa yang hilang itu.
“Apa? Ishh budak tu memang nak kena dengan aku nih!” rungut Izham sendirian. Izham memanggil Ruby yang kebetulan berjalan di hadapannya itu.
“Wei badut! Mana kawan baik kau tu hah?” tanya Izham dengan kasar.
“Saya tak tahu senior. Dari tadi saya tunggu, tapi still tak muncul-muncul lagi. Entah-entah dia sesat kot, kita kena cari dia ni,” balas Ruby dengan bersungguh-sungguh. Dia risau akan keselamatan kawannya itu.Dahlah kawasan ni begitu janggal bagi Qistina. Entah-entah kena baham oleh binatang buas.Mintak dijauhkan!
Izham Daniel berfikir sejenak. Betul jugak kata Si Badut ni. “ Ishh menyusahkan orang betul la dia ni. Macam ni, kita sama-sama cari. Kau dengan Zura cari kat kawasan sungai. Biar aku cari kat kawasan hutan tebal tu. Ad dan Ris, kau mintak bantuan kalau-kalau aku tak muncul dua jam dari sekarang ok! Yang lain, jangan pergi ke mana-mana, duduk kat sini!” arah Izham Daniel dengan tegas. Ketegasannya mewarisi sikap bapanya sebagai pemimpin.
Zura menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Kalau macam ni, gagal la rancangan aku! Dia memandang tajam ke arah Ruby yang sedang memandangnya jugak.Adoi kena menghadap muka si badut ni lagi!
Sementara itu, badan Qistina mula bermandi peluh. Dia mengesat peluhnya dengan tudungnya yang bewarna putih itu. Fikirannya buntu, dah beberapa kali dia melalui jalan yang sama. “Aku ni dah sesat! Adoii ni singa betina punya pasal! Macam mana aku nak cari jalan keluar ni?” kata Qistina sendirian. Dia memerhatikan keadaan sekeliling yang sangat seram itu.Tiba-tiba bulu romanya meremang.
Dia memegang perutnya yang tiba-tiba berasa sakit. Ini mesti gastrik! Mana tak gastrik, sejak bangun dari tidur, dia belum menjamah apa-apa makanan lagi. “Adoii sakitnya perut aku ni,”
Sedang dia menahan diri daripada kesakitan, tiba-tiba dia terdengar bunyi yang pelik.Dia melihat sekeliling dah bunyi pelik itu semakin hampir dengan dirinya.Jantungnya berdegup kencang. Tiba-tiba bulu romanya meremang dan membuatkan dirinya semakin cuak. Ekoran ketakutan yang teramat sangat, dia menutup kedua- dua matanya dengan tangan sambil duduk mencangkung. Dia tidak sanggup melihat apa yang bakal berlaku seterusnya terhadap dirinya itu.
Bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Qistina terkejut giler dan dia tidak sanggup melihat siapakah gerangan yang memegang bahunya itu. Fikirannya hanya berfikir tentang hantu sahaja. Maklumlah dia selalu mendengar kisah seram waktu kecil- kecil dulu.
“ Woi!”
Qistina berfikir sejenak tatkala mendengar suara itu. “Aik, macam aku pernah kenal je,”
“Woi, yang kau duduk mencangkung kat sini apa kes!” tanya Izham Daniel dengan kasar. Badannya sudah membasahi peluh. Puas dia mencari Qistina dan apabila jumpa sahaja Qistina, budak cermin mata tu boleh buat derk je kat dia.
Qistina berpaling dan terkejut melihat Izham Daniel berdiri di belakangnya. “Senior, awak buat apa kat sini?”
“Kau tanya buat apa kat sini? Bodoh betul la soalan kau ni. Kami macam nak mati cari kau, yang kau sedap-sedap rehat kat sini apa kes,” balas Izham lagi. Dia sendiri tak tahu apabila melihat sahaja wajah Qistina, hatinya tiba-tiba menjadi sakit.
“Err.. Saya sesat, saya tak tahu jalan keluar,”
“Dah, jom pergi,”
Qistina mengangguk dan cuba bangun, tetapi akibat perutnya yang semakin sakit itu dia tidak dapat bangun. Izham Daniel memandang pelik Qistina yang terduduk semula itu.
“Kau ni kenapa?”
“Saya sakit perut. Sebenarnya saya ada gastrik, dari tadi saya tak makan lagi,”
“Ishh kau ni hidup menyusahkan orang je, baik pergi mati je,”
Qistina terdiam. Dia terasa hati dengan kata-kata kasar Izham Daniel itu. Bukannya dia sengaja buat sakit, dah penyakit nak datang nak buat macam mana. “Takpelah, senior pergi la dulu.Nanti kalau dah baik sakit saya ni saya boleh cari jalan keluar sendiri,”
“Yelah tu boleh cari jalan sendiri,” kata Izham sambil tangannya menyeluk poket seluarnya. Nasib baik ada gula-gula,biasanya dia akan menyimpan gula-gula di dalam poket seluarnya.
“Nah makan ni,” kata Izham sambil menghulur gula-gula perisa strawbery. Qistina menyambut huluran itu dan makan dengan segera untuk menghilangkan kesakitan yang dialaminya itu.
Akhirnya kesakitan Qistina semakin reda dan mereka meneruskan perjalanan untuk mencari jalan keluar. Malangnya, mereka mendapat jalan buntu kerana asyik melalui jalan yang sama sahaja.
“Takkan awak tak ingat jalan yang awak ambil tadi?” tanya Qistina.
“Mana laa aku ingat. Dah kau pun sama, tak ingat jalan mana yang kau lalu tadi,”
Qistina terdiam.Pandai jugak senior ni balas balik kata aku. “ Senior, saya rasa kita dah sesat ni.Tak tahu kat mana sekarang,”
Izham mengiyakan kata-kata Qistina. Dia mengeluh dalam diam. Nasib baik dia sempat berpesan kepada Faris dan Adhar untuk meminta bantuan. “ Kita rehat kat sini dulu. Nanti ada orang akan bantu kita,”
Qistina duduk di sebelah Izham tanpa disuruh.
“Yang kau duduk kat sebelah aku ni kenapa? Duduk jauh sikit!” marah Izham Daniel. Dia tidak berapa suka kalau Qistina duduk rapat dengan dia.Kalau perempuan lain boleh pulak, nampaknya anti sungguh Izham dengan Qistina ni.
Qistina menggesotkan sedikit badannya.Malas hendak melayan sikap kebudakan seniornya itu. Matanya mengantuk tiba-tiba, dah banyak kali Qistina menguap. Akhirnya dia terlelap sendiri. Qistina berbaring untuk mendapatkan tidur yang lebih selesa, lagipun malam tadi dia tidur lewat.
Izham Daniel memandang Qistina yang sudah lena dibuai mimpi itu. “Sekejapnya dia lena. Dalam keadaan macam ni pun dia boleh tidur lagi,” kata Izham sendirian. Dia memandang Qistina yang gelisah semacam itu. Tangannya asyik menggaru matanya sahaja. Dengan cermin mata yang tebal itu menyukarkan Qistina untuk menggaru matanya itu. Izham Daniel jadi rimas.
Izham bergerak perlahan ke arah Qistina. Dengan perlahan-lahan tangannya menghampiri cermin mata Qistina.

No comments:

Post a Comment