Wednesday 5 December 2012

Novel aku ditakdirkan mencintaimu 7



Adhar berbaring di atas tilam empuk di bilik tidurnya .Fikirannya tidak menentu  dan hanya wajah Qistina bermain di mindanya. Kejadian tempoh hari terimbau di ingatannya. Pada malam itu, Adhar tiba-tiba tidak boleh tidur. Puas dia memejamkan matanya malangnya tidak berhasil. Dia hanya berseorangan di dalam khemah memandangkan Izham dan Faris keluar mengambil angin.
“Hmm, baik aku join dorang.Manalah tahu, lepas jalan-jalan badan aku jadi letih dan aku boleh tidur,”kata Adhar sendirian.Tanpa membuang masa, Adhar menyarung jaketnya dan keluar dari khemah. Matanya liar mencari kelibat kawan baiknya, tapi batang hidung mereka pun tidak jumpa.”Ishh, dorang pergi mana ni?”
Adhar berjalan menuju ke tandas.Mungkin Izham dan Faris ada kat situ. Sedang dia berjalan, dia ternampak mereka yang sedang berjalan ke arahnya sambil berbual. Macam serius je perbualan mereka itu.. Adhar tersenyum dan melangkah ke arah mereka.
“Woi, korang berbual apa ni? Serius je,” tegur Adhar.
Izham dan Faris saling berpandangan. Mereka tidak tahu dari mana munculnya Adhar.
“Kau ni buat terkejut aku je tiba-tiba muncul kat depan ni,”kata Faris dengan muka serius. Dahlah dia berasa seram sejuk mendengar cerita Izham yang berjumpa perempuan cantik di tengah hutan sebentar tadi.
“Korang tu haa yang tak perasan aku kat depan ni. Nak pergi mana ni?”
“Nak balik la.Aku dah ngantuk ni,” kata Izham. Fikirannya tidak menentu sekarang. Dia asyik teringatkan kejadian sebentar tadi.
“Nak balik dah? Cepatnya, aku tak ngantuk lagi ni,”
“Itu kau punya pasal.Aku chow dulu,” Izham terus berlalu meninggalkan Adhar yang terkulat-kulat sendirian. Faris hanya mengikut sahaja langkah Izham. Sebelum itu, sempat Faris berbisik di telinga Adhar. “ Hati-hati yer,”
Adhar berasa pelik. Kenapa nak suruh aku berhati-hati pulak? Bukannya ada penjahat kat sini. “Hmm, baik aku pergi tandas basuh muka aku kejap,”
Adhar berjalan ke arah tandas dan tiba-tiba dia melihat seperti ada seseorang di bawah pokok. Dengan bantuan cahaya bulan, dia dapat melihat sedikit siapakah gerangan manusia itu. Macam perempuan je sebab berambut panjang. Adhar berlindung di sebalik pokok supaya kehadirannya tidak disedari oleh gadis itu. Dia melihat gadis itu resah semacam jer. Adhar menunggu lagi untuk melihat siapakah gerangan gadis itu. Tiba-tiba muka gadis itu menghadap ke arahnya. Jantungnya berdegup kencang. Matanya tidak lari dari memerhatikan seraut wajah yang begitu sempurna itu. Subhanallah cantiknya!
Adhar cuba menghampiri gadis itu yang sedang berada dalam keadaan resah. Malangnya, gadis misteri itu berlari masuk ke dalam tandas. Adhar menunggu dengan sabar. Tidak lama kemudian, gadis itu keluar dari tandas. Tanpa membuang masa, Adhar terus meluru ke arah gadis itu. Masing-masing terkejut. Mana tak terkejutnya apabila melihat orang yang dikenali di depan mata.
“ Senior, buat apa kat sini?” tanya Qistina teragak-agak. Jantungnya berirama kencang. Jangan-jangan dia nampak aku tadi tak?
“Awak Qistina?” Adhar seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Jelmaan puteri kayangan sebentar tadi rupa-rupanya Qistina, budak junior yang selekeh.
Qistina bertambah pelik tatkala mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki di hadapannya itu. Apa maksud lelaki itu?

“Err, saya pergi dulu yer. Lagipun dah lewat sangat ni, mata dah mengantuk,” kata Qistina lalu berlalu meninggalkan Adhar yang seperti tidak waras itu. Malas Qistina hendak berfikir apa yang sedang berlaku sekarang.
Adhar hanya memandang kelibat Qistina yang semakin menjauh itu.Rupa-rupanya gadis misteri yang dilihatnya itu ialah Qistina. Ada satu persoalan yang bermain di mindanya. Kenapa Qistina menyorok identiti yang sebenarnya?
Persoalan itulah yang sedang berlegar di mindanya sekarang. “Mesti ada sebab kenapa Qistina menyorok rupa parasnya yang sebenar,”Adhar bermonolog. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Adhar terus menekan punat hijau tatkala melihat nama Izham tentera di skrin telefon.
“Hai Ad. Jom keluar,”
“Aku malaslah Iz, lagipun aku tak larat sangat ni. Kita baru sahaja sampai kan, penat tak hilang lagi lagi.Kau tak penant ker?”
“Aku mana pernah kenal erti penat Ad. Kau ni kenapa? Sejak kebelakangan ni kau lain macam je aku tengok,” tegur Izham. Dia pelik dengan keadaan kawannya itu. Takkan gila bayang dengan perempuan selekeh tu!
Adhar mengeluh. Malas dia hendak bertekak dengan Izham tatkala isu ini dibangkitkan oleh Izham. “ Aku tak ada apa-apa la.Ok lah, aku nak mandi ni dah melekit badan aku ni. Bye,”
Izham Daniel mengeluh dalam diam. Sah, ni mesti pasal budak serabai tu! Dengan minah tu pun boleh tangkap cintan! Tiba-tiba dia dapat satu idea. Izham mendail nombor telefon Qistina. Malangnya panggilannya tidak dijawab. “ Ishh minah ni pekak ke apa! Nak jawab phone pun susah,” rungut Izham sendirian.
Izham mendail buat kali kedua. Kedengaran suara pemanggil yang seperti baru lepas bangun daripada tidur. “ Kenapa lambat jawab!” marah Adhar.
“ Err, senior! Sorry saya tak sedar, saya tidur tadi,”
“ Arghh alasan! Kan aku dah cakap kau kena jawab panggilan aku walau dalam keadaan macam mana pun. Sebagai denda, aku nak kau sediakan dinner aku. Aku lapar sekarang, so bila dah siap masak kau hantar kat aku. Alamat nanti aku send melalui sms,faham!”
Qistina terkejut dengan permintaan lelaki itu. “Haa? Senior, macam mana saya nak hantar, saya tak ada transport. Lagipun bas tak banyak masa nie,”
“ Itu kau punya pasal! Kan ini tugas kau, tak ingat ke perjanjian kita tu? Aku bagi masa satu jam!”Akhiri Izham lalu menamatkan perbualan mereka.
Qistina menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Mampus aku! Aku nak masak apa ek?  Hmm masak spagheti jela.Denagn pantas  dia berlari ke dapur menyediakan makanan. Selepas siap, cepat-cepat Qistina menukar pakaian dan berlari keluar menuju ke tempat perhentian bas. Harap-harap ada bas masa ni. Qistina membaca alamat yang dihantar oleh Izham kepadanya. Perghh penthouse beb! Orang kayalah katakan.Sudah lebih sepuluh minit dia tunggu, malangnya tidak ada satu bas pun yang muncul. Tiba-tiba dia ternampak sebuah teksi menuju ke arahnya. Cepat-cepat dia menahan teksi itu.
“ Pak cik, boleh hantarkan saya ke alamat ni,” Qistina menunjukkan butiran sms yang dihantar oleh Izham kepada pemandu teksi sebaik sahaja masuk ke dalam perut teksi.
“ Boleh cik,” kata pemandu teksi itu lalu segera memandu menuju ke destinasi yang ditujui. Setibanya di hadapan penthouse, mata Qistina tidak berkelip melihat bangunan yang tinggi itu. “Mak oi cantiknya! Hmm bila la aku dapat tinggal kat sini,”
“ Sampai bila-bila!” kedengaran satu suara garau di belakangnya. Qistina terkejut lantas berpaling ke belakang. Bulat matanya memandang Izham sedang berdiri sambil menyilangkan tangannya.
“ Bila senior sampai?”
“ Aku dah lama tercengat kat sini, kebulur aku! Dah jom,”
“Nak pergi mana?” tanya Qistina dengan wajah blur. Tugasnya dah selesai, jadi dia boleh balik semula la.
“Rumah aku la.Kau kena layan aku makan, apa kau ingat tugas kau hantar makanan je ke?” Izham berkata lalu berjalan ke pintu utama menuju ke lif. Qistina lantas mengikut langkah Izham itu. Di dalam hati hanya Allah yang tahu bertapa geramnya dengan lelaki yang bernama Izham Daniel ini.Kalau boleh hendak ditumbuknya muka lelaki berlagak ni selumat-lumatnya.
Suasana di dalam lif sunyi sepi. Izham dan Qistina masing-masing menyepi. Seorang ke utara, seorang lagi ke selatan. Bagi Qistina, dia meluat dengan perangai Izham yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan dirinya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Izham melangkah laju ke arah rumahnya. Qistina berlari anak untuk menyaingi langkah laju lelaki di hadapannya itu. Lajunya dia berjalan. Bukannya lari rumah mahal dia tu!
Mata Qistina bulat memandang keadaan penthouse milik Izham sebaik sahaja Izham membuka pintu penthouse miliknya dengan menggunakan password. “ Wow!” hanya perkataan itu yang keluar daripada mulut Qistina. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah melihat rumah secantik ini. Hiasan dalaman penthouse ini sangat cantik. Qistina cuba memegang pasu cantik yang terletak di sebelahnya, malangnya ditegah oleh Izham.
“Tangan kau tu kotor! Barang dalam penthouse aku ni mahal tau! Lebih mahal dari harga diri kau!” selamba sahaja Izham mengungkapkan kata-kata kesat terhadap Qistina. Qistina terpempam. Sampai hati dia memperlekehkan maruah aku!Manusia jenis apa dia tu?
“Ouh, harga pasu ni lebih tinggi dari maruah saya yer?” Qistina terus menjatuhkan pasu antik yang diimport dari luar negara itu di hadapan Izham. Terbeliak biji mata Izham.
“What are you doing?” marah Izham.
“Dengar sini baik-baik Izham Daniel! Maruah perempuan adalah harta yang tidak ternilai di dunia. Soal maruah bukan boleh dibuat main-main! Jadi selama ni, awak ingat saya perempuan yang tak bermaruah ker?”
“ Kau nak ajar aku pulak? Apa, kau ingat bila aku dengar ceramah kau ni boleh buat aku melutut kat kau? No way!  Hei pompuan kau dengar sini, disebabkan kau pecahkan pasu aku, aku nak ganti rugi balik,”
“ Awak ni memang angkuh! Jangan risau saya jenis bertanggungjawab atas apa yang saya lakukan. So, berapa saya kena bayar?”
“ Rm10..”
“Alah setakat Rm10, apalah sangat. Sekarang jugak saya bagi!”
“Hello Cik Qistina! Bukan Rm10 tapi Rm10,000!” Izham menghadiahkan senyuman sinis kepada Qistina. Ada ke pasu ni harga sepuluh ringgit? Gila ke apa pompuan ni?
Qistina terkejut sebaik sahaja mendengar harga pasu itu. Mak oi mahal nak mampus! Mana aku ada duit sebanyak tu. Takkan pasu kecil ni harga sampai sepuluh ribu kot! Mana aku nak cekau duit ni.
“Terkejut? So, bila nak bayar?”
“Err..kalau saya bayar ansur-ansur boleh tak?”
Izham berfikir sejenak. Daripada dia bayar, baik aku suruh dia berkhidmat untuk aku. “ Apa kata kau gadaikan diri kau untuk aku demi melunaskan hutang tu.Amacam?”
Gadaikan? Qistina mula berasa tidak sedap hati. Takkan dia nak jual aku kat sindiket pelacuran kot!

No comments:

Post a Comment