Thursday 2 May 2013

Aku Ditakdirkan Mencintaimu 10



Qistina melihat jam di dinding, jarum sudah menunjukkan sudah hampir pukul 7 malam. Makanan makan malam sudah siap dan dia sudah selesai membersihkan kawasan rumah. Qistina menarik nafas lega. “ Ok semua dah settle, jadi aku bolehlah balik sekarang,” kata Qistina sendirian. Sebelum balik, Qistina mencatat sesuatu di atas kertas. Pesanan untuk tuan rumah agaknya itu.
Qistina masuk ke dalam lif dengan hati yang riang. Di dalam fikirannya sudah terbayang katil di dalam biliknya.Maklumlah seharian tidak berehat.Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Qistina berjalan keluar dan tanpa disedari terlanggar bahu seseorang.
“Adoii,”
“Sorry cik.Saya tak sengaja,” kata Qistina lalu memandang ke arah perempuan yang dilanggarnya itu.
“Cik zura!”
“Kau?”
Serentak Qistina dan Zura menjerit.
“Kau buat apa kat sini” tanya Zura dengan terkejut. Dia tak sangka akan bertemu dengan budak cermin mata tebal kat tempat mewah ni.
“Errr…saya..saya,” Qistina cuba mencari idea yang bernas.Ishh apa aku nak jawab ni?
“Aku tanya kau buat apa kat sini?” tanya Zura lagi sekali.
“Saya jumpa kawan saya tadi. Hmm takpela saya balik dulu yer,”
Zura terpana? Kawan? Betul ke kawan ni? Jangan-jangan dia tipu.Bukan boleh percaya sangat minah ni. Kalau diri sendiri dia menyamar jadi hodoh, entah-entah identiti sebenar dia tipu jugak.Jangan-jangan dia anak orang kaya!
Zura berjalan malas ke arah penthouse miliknya. Setibanya di hadapan pintu penthouse , Zura mengerling sekilas ke arah penthouse bersebelahan dengannya. Dek kerana kesibukkannya, dia tidak mengambil kisah akan jiran barunya itu. Arghh buat apa aku kisahkan pasal jiran aku? Sepatutnya dia la yang patut tegur aku. Buang masa aku je fikir pasal benda remeh ni.
Zura menghempas pintu rumahnya dengan kuat. Fikirannya asyik terbayang kepada peristiwa yang tak diduga sebentar tadi. Ya Qistina! Perasaan tak puas hati bersarang di dalam dirinya. Siapa Qistina sebenarnya ya? Rupa-rupanya dia anak orang kaya! Ishh tak boleh jadi ni.Dahlah rupa cantik, kaya pulak tu! Aku kena buat sesuatu kat dia ni.Tapi apa perlu aku buat?
Zura menghampiri cermin besar yang tergantung di dinding. Dia memerhati segenap inci wajah miliknya. Dia mengambil makeup remover dan membersihkan mukanya menggunakan kapas. Sebaik sahaja wajahnya bebas daripada sebarang mekap dia mengeluh. Dia melihat banyak jerawat yang tumbuh di sekitar mukanya.“ Kenapa aku tak cantik? Kenapa? Kenapa dia lagi cantik daripada aku? Hidup ini tidak adil!” jerit Zura sepenuh hati lalu membaling objek keras ke arah cermin besar itu.
Dummm!
“Qistina, aku takkan biarkan orang lain dapat lihat wajah sebenar kau dan tahu kau anak orang berada. Aku takkan biarkan!”
Izham terkejut mendengar bunyi kaca yang kuat dari rumah sebelah. “Kenapa pulak dengan jiran aku ni? Gila ke apa?” kata Izham Daniel sendirian sambil menekan pasword penthouse miliknya.
Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam, semerbak haruman makanan yang di masak oleh Qistina. Ni yang buat aku semakin lapar ni. Kaki izham laju melangkah ke arah meja makan. “ Wow, sedapnya!”
Mata Izham ternampak sekeping nota terselit di bawah pinggang.Lantas dia membaca,
Kepada senior,
Saya dah siapkan makan malam dan kemaskan rumah senior. Esok saya datang lagi. Selamat menjamu selera yer.
Daripada,
Junior
Izham Daniel tersenyum membaca nota pendek daripada Qistina. Tiba-tiba senyumannya mati. “ Kenapa aku senyum? Ishh gila ke apa aku ni?”
Tanpa membuang masa, Izham terus menjamah makanan yang berada di hadapannya itu. Sedang dia asyik menjamu selera, tiba-tiba bunyi loceng bergema menandakan ada tetamu yang datang. “ Ini mesti mama,”
Puan Sri Farah tersenyum girang tatkala terjegul wajah anak kesayangannya sebaik sahaja pintu dibuka. “ Apa khabar anak mama?” tegur Puan Sri Farah.
“Iz sihat mama.Mama sihat?”
“Biasalah orang tua Iz. Kenapa lama Iz tak balik? Mentang-mentanglah mama dan papa bagi pelepasan kat Iz untuk berdikari, terus tak nak balik kat villa yer?
“Alah mengajuk la tu? Sorry mama, Iz busy sangat sekarang. Maklumlah final yer.Papa mana?”
“Papa kamu tu? Huh busy memanjang je kerjanya.Time macam ni mana papa balik lagi,”
“Ouh, haa mama dah makan? Iz tengah makan ni, jomlah kita makan sekali,” kata Izham untuk menceriakan mamanya yang tercinta.
“Banyaknya makanan Iz? Mama tak percaya kalau Iz masak semua ni,” bulat mata Puan Sri Farah tatkala melihat pelbagai jenis lauk terhidang di atas meja.
Izham terdiam. Takkan aku nak beritahu mama yang aku upah seseorang jadi orang gaji pulak. “ Iz beli la mama. Takkan nak masak pulak,” tipu Izham.
Puan Sri Farah tersenyum mendengar jawapan anaknya itu.
Setibanya di dalam bilik, Qistina terus menghempaskan badannya ke atas katil empuk miliknya. Dia membuang tudung dan cermin mata tebal miliknya.Matanya terpejam rapat. Tiba-tiba fikirannya teringatkan peristiwa yang berlaku antaranya dengan Izham. “ Ishh kenapa aku teringatkan kejadian tu? Tak nak! Tak nak!” kata Qistina sendirian.
“Apa yang tak nak ni?” tiba-tiba Suraya mencelah. Dia berlabuh di sisi Qistina yang sedang berbaring itu.
Qistina bangun dari pembaringannya. Dia hanya tersenyum memandang sepupunya itu. “Awal kau balik?”
“Aah, aku tukar shift.Haa kau tak jawab lagi soalan aku tadi?” tanya Suraya lagi tanda tidak puas hati.
“Kau ada tanya aku ek?’
“Eh budak ni, loyar buruk pulak ek,” balas Suraya sambil mengeletek pinggang Qistina.
Qistina menjerit kegelian. “ Dah la Sue. Adoii kau saje je nak kenakan aku,”
“Habis kau loyar buruk sangat dengan aku,” balas Suraya semula.
“Ok aku surrender.Kau tanya apa tadi?”
“Aku tanya kenapa kau sebut tak nak tu?”
“Ouh, saje sebut. Katakan tak nak kepada merokok. Tak boleh ker?” gurau Qistina lalu segera berlari ke dalam bilik air.
“Qis!” jerit Suraya dari luar. Qistina hanya mampu ketawa dari dalam bilik air. Qistina membersihkan mukanya dengan pencuci nano white. Sebaik sahaja membersihkan mukanya,dia memerhatikan raut wajahnya. Sudah lama dia tidak melihat wajahnya. Ya, sememangnya dia takut untuk melihat wajahnya sendiri. Kerana wajahnya dia menjadi anak yatim piatu.
“Mak, maafkan Qis,” setitis air mata jatuh tatkala perkataan mak keluar daripada mulutnya. Sememangnya dia amat merindui maknya.Tiba-tiba bayangan kisah silam menjelma di mindanya.
“ Hai Qis,” tegur satu suara yang amat dibenci oleh Qistina. Langkah Qistina semakin laju.Malas mahu bersua muka dengan lelaki perasan handsome itu.
“Kenapa jalan laju sangat ni sayang,” kata Iskandar sambil menarik tangan Qistina. Qistina terkejut dan merentap kuat tangannya.
“Apa pegang-pegang ni? Kan aku dah warning jangan panggil aku sayang. Aku gelilah!”
“Eleh malu tapi mahu,”
“Banyaklah kau punya mahu,” kata Qistina sambil menghadiahkan sepakan ke arah kaki Iskandar.
Iskandar mengaduh sakit.” Haa padan muka!” Qistina berlari laju meninggalkan Iskandar yang berada di dalam kesakitan.
“Takpe Qis. Hari ni aku lepaskan kau, esok lusa jangan harap aku akan lepaskan kau,”
Nafas Qistina tercungap cungap sebaik sahaja tiba di rumahnya. Hajar berasa pelik dengan tingkah laku anaknya itu.
“Kenapa ni Qis? Macam berlari 100 meter je ni,”
“Qis kena kejar hantu tadi mak,”
“Hantu? Siang-siang macam ni manalah ada hantu Qis oii. Tengok habis berpeluh ni, nanti kotor la baju. Kan mak dah pesan, baju sekolah kenalah jaga. Lagipun sehelai je Qis ada baju sekolah ni.
“ Esok cuti la mak,” kata Qistina lalu memeluk kejap badan ibunya itu.”Qis sayang mak,”
“Mak pun sayang Qis,”
“Aduhh,mak sakit mak,”
“Kenapa ni Qis?” Hajar bimbang melihat anaknya yang berkerut mukanya menahan kesakitan.
“Ni, perut Qis dari tadi asyik menendang Qis je ni. Dari pagi tadi Qis tak makan, lapar,”kata Qistina beserta senyuman. Sememangnya maknya akan berasa risau kalau dia sakit. I love you mak!
“Qis ni. Saje je nak buat mak risau. Jomlah kita ke dapur,” balas Hajar lalu menarik lengan anaknya menuju ke dapur.
Sementara itu,
“Mak oh mak!” laung Iskandar kuat.
“Kau ni kenapa Iskandar terjerit-jerit macam orang tak betul jer,” marah Zubaidah terhadap anaknya itu. Tak habis-habis buat perangai. Dahlah tak kerja, menghabiskan duit mak bapak ada la. Nasib baik la anak orang kaya Bahar.
“Aku nak mak pergi masuk meminang Qistina sekarang jugak!”
Bulat mata Zubaidah mendengar arahan anaknya itu. “ Kau gila ke apa Iskandar? Budak Qistina tu sekolah tak habis lagi tau. Satu lagi, kau tu bukannya ada kerja pun nak menyara anak dara orang ni,” rungut Zubaidah. Buang tebiat ke anak aku sorang ni?
“Arghh aku tak kira. Lagipun STPM dah tak lama dah. Mak masuk meminang dulu, lepas habis periksa terus nikah,”
“Kau ingat kahwin ni main-main ker? Kena bincang dengan ayah dulu.Apa-apa keputusan mesti daripadanya faham?”
Iskandar memberontak. Dihempasnya pintu biliknya tanda protes.
“Ishh macam-macam la anak aku ni? Dahlah berkenankan anak janda gatal tu. Mak dan anak sama jer, nak porak-porandakan keluarga aku! Ilmu apa la yang dua beranak di buat yer sampai laki dan anak aku tergilakan mereka! Ini tak boleh jadi ni!”

No comments:

Post a Comment