Thursday 2 May 2013

Aku ditakdirkan mencintaimu 11



Zubaidah menunggu kepulangan suaminya sejak dari tadi lagi. “ Ishh laki aku ni pergi mana? Takkan menggatal dengan janda tak sedar diri tu pulak!”
Tiba-tiba terdengar bunyi motorsikal milik suaminya itu. “ Haa balik pun,”
Sebaik sahaja pintu dibukak, terus sahaja Zubaidah melepasakan serangannya. “ Abang pergi mana? Menggatal dengan janda tu ek?”
Bahar yang masih penat itu terkejut dengan serangan tiba-tiba daripada isterinya itu. “ Yang awak ni kenapa? Saya baru balik dari mesyuarat tadi,”
“Abang jangan nak tipulah.Abang ingat saya bodoh ker? Semua orang kampung dah heboh pasal abang dengan janda tak sedar diri tu.Abang jangan buat saya naik angin bang!”
Bahar mengeluh. Kalau balik rumah inilah jadinya, asyik bergaduh jer.Mana dia tak cari orang lain.
“Dahlah, saya dah mengantuk ni,” kata Bahar lalu terus masuk ke dalam bilik.
“Mak, aku nak duit,” tiba-tiba Iskandar mencelah. Lagilah sakit hati Zubaidah. Ayah dan anak sama jer.
“Kau ingat mak ni cop duit ker? Asal malam je kau keluar,tak de kerja lain ker?”
“Yela,kalau asyik terperap je dalam rumah ni boleh jadi gila dengar bebelan mak tu,” balas Iskandar lalu segera menghidupkan enjin motor.Zubaida terpinga. Ishh sakitnya hati aku!
———————-***—————–
Qistina termenung panjang di dalam biliknya. Dia teringat akan peristiwa yang berlaku di sekolah siang tadi. Dia sendiri tak tahu kenapa orang tak suka akan dirinya terutama kaum hawa. Salahkah aku kalau aku menjadi perhatian kaum adam? Selama dia bersekolah, dia sering menjadi mangsa buli kaum sejenis. Dia selalu dipulaukan oleh rakan sekelas.Ya Allah dugaan apa yang kau berikan kepada aku ini?
“Jauh anak mak mengelamun ni?” tanya Hajar sebaik melihat anaknya asyik termenung sejak dari tadi.
“Mak, Qis nak tanya boleh?”
“Tanya la sayang,”
“Kenapa ramai orang tak suka kat kita? Apa salah kita mak?”
Hajar terdiam mendengar pertanyaan anakknya itu. Dia sendiri tidak tahu apa jawapannya.Sememangnya semua orang kampung mencemuh dirinya dan anaknya.Dia bersyukur kerana Allah mengurniakan rupa paras yang cantik untuk dirinya dan diwarisi pulak oleh anaknya. Tapi akibat hasad dengki manusia, dirinya dan anaknya menjadi mangsa keadaan.
“Kenapa Qis cakap macam tu? Pedulikan orang lain Qis, yang penting kita saling melengkapi. Qis ada mak dan mak ada Qis. Kalau boleh biarlah mak tutup mata dulu daripada Qis,”
“Apa mak cakap ni? Dah Qis tak nak dengar apa-apa lagi.Qis sayang sangat kat mak.Maklah nyawa Qis sekarang,” kata Qistina dengan suara sebak seakan menahan diri daripada menangis.
“Sayang oi sayang!” tiba-tiba terdengar orang menjerit di hadapan rumah. Hajar dan Qistina saling memandang. Mereka berdua terus membuka pintu rumah dan terjegul wajah Iskandar. Qistina terkejut.
“Hai sayang. Eh lupa mak pun ada. Assalamualaikum mak,”
“Kau nak apa nii?”marah Qistina, Mukanya sudah berubah merah menahan marah yang meluap-luap didalam dirinya.
“Mak, lepas Qis habis periksa nanti, keluarga saya akan masuk meminang Qis. Mak jangan tolak pinangan saya yer,” kata Iskandar berterus terang tanpa rasa malu.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau,”
“Qis, tak baik cakap macam tu,” tegur Hajar.
“Mak, Qis benci dengan dia tau. Hari-hari dia kacau Qis sampai Qis rasa nak bunuh je dia tu,”
“Qis!” tegur Hajar lagi. “ Macam ni la nak, soal ni biar ibu bapa yang berbincang. Pasal terima ke tak itu bergantung kepada anak mak cik.Mak cik tak nak paksa Qistina,”
Mata Iskandar tak lepas dari memandang Qistina. “ Kau akan jadi milik aku jugak Qis!” kata Iskandar lalu meningalkan dan Qistina.Air mata Qistina gugur juga akhirnya. Dia tak kuat untuk menghadapi semua ini.
—–***———
Hajar berjalan perlahan ke kedai runcit yang tidar jauh dari rumahnya. Hari ini peperiksaan STPM sudah berakhir dan dia mahu meraikan hari istimewa tersebut dengan memasak makanan kegemaran anaknya. Tiba-tiba hon berbunyi dari arah belakangnya. Kereta milik Bahar menghampiri dirinya.
“Sorang je Hajar?” tegur Bahar.
Hajar hanya tersenyum sahaja. Malas dia hendak melayan pertanyaan lelaki itu. Sememangnya lelaki itu sejak dari zaman anak dara lagi asyik mengejarnya.
“Jom abang hantarkan,”
“Eh tak payah la.Lagipun saya dah nak sampai ni,” tolak Hajar dengan cara baik.
“Hajar ni dari dulu lagi suka tolak pelawaan abang. Mari la naik,”
“Tak manis dipandang orang.Lagipun saya tak nak orang kampung mengata pasal saya anak beranak,” kata Hajar lalu berjalan laju ke arah kedai runcit tanpa menghiraukan namanya dipanggil oleh lelaki itu. Bahar mengeluh. Kenapa dari dulu lagi susah betul aku nak dapatkan kau?
“Amboi, sedapnya bercengkerama kat sana,” tegur salah seorang penduduk kampung yang kebetulan ternampak adegan sebentar tadi.
Hajar tidak menghiraukan pertanyaan itu.Matanya asyik memilih bahan masakan untuk anaknya itu.
“Itulah, dah dasar janda gatal, semua laki nak dikebasnya. Nasib baiklah laki aku tak kena jerat dengan janda gatal ni,” kedengaran satu suara sumbang dari belakangnya. Mendidih telinga Hajar mendengarnya. Dengan cepat Hajar mengambil barang dan membayarnya di kaunter. Dia tidak tahan mendengar hinaan dan kejian daripada orang kampung. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.
Setibanya di rumah, langkah kakinya terhenti apabila melihat ramai orang berkumpul di depan rumahnya.Hajar berasa pelik.Apa yang berlaku sebenarnya ni? Matanya ternampak wajah anaknya yang sedang menangis itu dan jugak wajah Iskandar.Apa yang berlaku sebenarnya?
“ Apa yang berlaku ni?” tanya Hajar dengan penuh tanda-tanya. Dia menghampiri Qistina yang berada dalam keadaan tidak terurus itu.
“Anak kau ni dah buat onar kat kampung ni dengan Iskandar! Nasib baik ada orang yang buat laporan akan hal ni,” kata salah seorang penduduk kampung.
“Apa kau cakap ni Malik! Anak aku Qis takkan buat macam tu. Dia anak yang baik.Lagipun aku tahu Iskandar sengaja je nak reka cerita!” jerit Hajar. Dia tidak percaya anaknya akan buat perkata terkutuk itu.
“Cakap tu elok sikit yer! Anak kau tu yang goda anak aku,” celah Zubaidah tanda tidak puas hati.Semakin sakit hatinya kepada Hajar apabila mendapat berita tentang suaminya dengan janda tak sedar diri itu.
“Kalau kau tak percaya, kau tanya anak kesayangan kau tu,” kata Zubaidah lagi.Dia tersenyum sinis.Tidak lama lagi mampuslah kau Hajar.
“Cuba Qis cakap dengan mak apa yang berlaku sebenarnya? Qis takkan buat perkara yang terkutuk ni kan?”
Qistina hanya diam membatu.Hanya air mata yang merembes keluar dari mata bundar miliknya itu.
“Cakap Qis!”jerit Hajar dengan kuat.
“Maa..Maafkan Qis mak,” perlahan suara yang keluar daripada bibir Qistina.
“Haa mengaku pun,” kata Zubaidah dengan gembira.
Hajar terkejut.Matanya tiba-tiba berpinar dan pandangan matanya berubah menjadi gelap.Dia rebah ke tanah.
“Mak!” jerit Qistina.

2 comments: