Zubaidah
menunggu kepulangan suaminya sejak dari tadi lagi. “ Ishh laki aku ni pergi
mana? Takkan menggatal dengan janda tak sedar diri tu pulak!”
Tiba-tiba
terdengar bunyi motorsikal milik suaminya itu. “ Haa balik pun,”
Sebaik
sahaja pintu dibukak, terus sahaja Zubaidah melepasakan serangannya. “ Abang
pergi mana? Menggatal dengan janda tu ek?”
Bahar
yang masih penat itu terkejut dengan serangan tiba-tiba daripada isterinya itu.
“ Yang awak ni kenapa? Saya baru balik dari mesyuarat tadi,”
“Abang
jangan nak tipulah.Abang ingat saya bodoh ker? Semua orang kampung dah heboh
pasal abang dengan janda tak sedar diri tu.Abang jangan buat saya naik angin
bang!”
Bahar
mengeluh. Kalau balik rumah inilah jadinya, asyik bergaduh jer.Mana dia tak
cari orang lain.
“Dahlah,
saya dah mengantuk ni,” kata Bahar lalu terus masuk ke dalam bilik.
“Mak, aku
nak duit,” tiba-tiba Iskandar mencelah. Lagilah sakit hati Zubaidah. Ayah dan
anak sama jer.
“Kau
ingat mak ni cop duit ker? Asal malam je kau keluar,tak de kerja lain ker?”
“Yela,kalau
asyik terperap je dalam rumah ni boleh jadi gila dengar bebelan mak tu,” balas
Iskandar lalu segera menghidupkan enjin motor.Zubaida terpinga. Ishh sakitnya
hati aku!
———————-***—————–
Qistina
termenung panjang di dalam biliknya. Dia teringat akan peristiwa yang berlaku
di sekolah siang tadi. Dia sendiri tak tahu kenapa orang tak suka akan dirinya
terutama kaum hawa. Salahkah aku kalau aku menjadi perhatian kaum adam? Selama
dia bersekolah, dia sering menjadi mangsa buli kaum sejenis. Dia selalu
dipulaukan oleh rakan sekelas.Ya Allah dugaan apa yang kau berikan kepada aku
ini?
“Jauh
anak mak mengelamun ni?” tanya Hajar sebaik melihat anaknya asyik termenung
sejak dari tadi.
“Mak, Qis
nak tanya boleh?”
“Tanya la
sayang,”
“Kenapa
ramai orang tak suka kat kita? Apa salah kita mak?”
Hajar
terdiam mendengar pertanyaan anakknya itu. Dia sendiri tidak tahu apa
jawapannya.Sememangnya semua orang kampung mencemuh dirinya dan anaknya.Dia
bersyukur kerana Allah mengurniakan rupa paras yang cantik untuk dirinya dan
diwarisi pulak oleh anaknya. Tapi akibat hasad dengki manusia, dirinya dan
anaknya menjadi mangsa keadaan.
“Kenapa
Qis cakap macam tu? Pedulikan orang lain Qis, yang penting kita saling
melengkapi. Qis ada mak dan mak ada Qis. Kalau boleh biarlah mak tutup mata
dulu daripada Qis,”
“Apa mak
cakap ni? Dah Qis tak nak dengar apa-apa lagi.Qis sayang sangat kat mak.Maklah
nyawa Qis sekarang,” kata Qistina dengan suara sebak seakan menahan diri
daripada menangis.
“Sayang
oi sayang!” tiba-tiba terdengar orang menjerit di hadapan rumah. Hajar dan
Qistina saling memandang. Mereka berdua terus membuka pintu rumah dan terjegul
wajah Iskandar. Qistina terkejut.
“Hai
sayang. Eh lupa mak pun ada. Assalamualaikum mak,”
“Kau nak
apa nii?”marah Qistina, Mukanya sudah berubah merah menahan marah yang
meluap-luap didalam dirinya.
“Mak,
lepas Qis habis periksa nanti, keluarga saya akan masuk meminang Qis. Mak
jangan tolak pinangan saya yer,” kata Iskandar berterus terang tanpa rasa malu.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau,”
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau,”
“Qis, tak
baik cakap macam tu,” tegur Hajar.
“Mak, Qis
benci dengan dia tau. Hari-hari dia kacau Qis sampai Qis rasa nak bunuh je dia
tu,”
“Qis!”
tegur Hajar lagi. “ Macam ni la nak, soal ni biar ibu bapa yang berbincang.
Pasal terima ke tak itu bergantung kepada anak mak cik.Mak cik tak nak paksa
Qistina,”
Mata
Iskandar tak lepas dari memandang Qistina. “ Kau akan jadi milik aku jugak
Qis!” kata Iskandar lalu meningalkan dan Qistina.Air mata Qistina gugur juga
akhirnya. Dia tak kuat untuk menghadapi semua ini.
—–***———
Hajar
berjalan perlahan ke kedai runcit yang tidar jauh dari rumahnya. Hari ini
peperiksaan STPM sudah berakhir dan dia mahu meraikan hari istimewa tersebut
dengan memasak makanan kegemaran anaknya. Tiba-tiba hon berbunyi dari arah
belakangnya. Kereta milik Bahar menghampiri dirinya.
“Sorang
je Hajar?” tegur Bahar.
Hajar
hanya tersenyum sahaja. Malas dia hendak melayan pertanyaan lelaki itu.
Sememangnya lelaki itu sejak dari zaman anak dara lagi asyik mengejarnya.
“Jom abang
hantarkan,”
“Eh tak
payah la.Lagipun saya dah nak sampai ni,” tolak Hajar dengan cara baik.
“Hajar ni
dari dulu lagi suka tolak pelawaan abang. Mari la naik,”
“Tak
manis dipandang orang.Lagipun saya tak nak orang kampung mengata pasal saya
anak beranak,” kata Hajar lalu berjalan laju ke arah kedai runcit tanpa
menghiraukan namanya dipanggil oleh lelaki itu. Bahar mengeluh. Kenapa dari
dulu lagi susah betul aku nak dapatkan kau?
“Amboi,
sedapnya bercengkerama kat sana,” tegur salah seorang penduduk kampung yang
kebetulan ternampak adegan sebentar tadi.
Hajar
tidak menghiraukan pertanyaan itu.Matanya asyik memilih bahan masakan untuk
anaknya itu.
“Itulah,
dah dasar janda gatal, semua laki nak dikebasnya. Nasib baiklah laki aku tak
kena jerat dengan janda gatal ni,” kedengaran satu suara sumbang dari
belakangnya. Mendidih telinga Hajar mendengarnya. Dengan cepat Hajar mengambil
barang dan membayarnya di kaunter. Dia tidak tahan mendengar hinaan dan kejian
daripada orang kampung. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.
Setibanya
di rumah, langkah kakinya terhenti apabila melihat ramai orang berkumpul di
depan rumahnya.Hajar berasa pelik.Apa yang berlaku sebenarnya ni? Matanya
ternampak wajah anaknya yang sedang menangis itu dan jugak wajah Iskandar.Apa
yang berlaku sebenarnya?
“ Apa
yang berlaku ni?” tanya Hajar dengan penuh tanda-tanya. Dia menghampiri Qistina
yang berada dalam keadaan tidak terurus itu.
“Anak kau
ni dah buat onar kat kampung ni dengan Iskandar! Nasib baik ada orang yang buat
laporan akan hal ni,” kata salah seorang penduduk kampung.
“Apa kau
cakap ni Malik! Anak aku Qis takkan buat macam tu. Dia anak yang baik.Lagipun
aku tahu Iskandar sengaja je nak reka cerita!” jerit Hajar. Dia tidak percaya
anaknya akan buat perkata terkutuk itu.
“Cakap tu
elok sikit yer! Anak kau tu yang goda anak aku,” celah Zubaidah tanda tidak
puas hati.Semakin sakit hatinya kepada Hajar apabila mendapat berita tentang
suaminya dengan janda tak sedar diri itu.
“Kalau
kau tak percaya, kau tanya anak kesayangan kau tu,” kata Zubaidah lagi.Dia
tersenyum sinis.Tidak lama lagi mampuslah kau Hajar.
“Cuba Qis
cakap dengan mak apa yang berlaku sebenarnya? Qis takkan buat perkara yang
terkutuk ni kan?”
Qistina
hanya diam membatu.Hanya air mata yang merembes keluar dari mata bundar miliknya
itu.
“Cakap
Qis!”jerit Hajar dengan kuat.
“Maa..Maafkan
Qis mak,” perlahan suara yang keluar daripada bibir Qistina.
“Haa
mengaku pun,” kata Zubaidah dengan gembira.
Hajar
terkejut.Matanya tiba-tiba berpinar dan pandangan matanya berubah menjadi gelap.Dia
rebah ke tanah.
“Mak!”
jerit Qistina.