Wednesday 5 December 2012

Novel aku ditakdirkan mencintaimu 9



Masing-masing terkejut dengan apa yang berlaku. Izham dapat mendengar deruan nafas milik Qistina.  Izham merasakan seperti ada arus elektrik mengalir laju di dalam badannya itu. Selama ini, tidak  pernah ada mana-mana perempuan sedekat dengannya yang sedang berlaku sekarang. Qistinalah orang yang pertama.
Izham dan Qistina saling memandang di antara satu sama lain. Izham memerhati seraut wajah milik Qistina. Not bad jugak dia ni. Muka licin tak ada sebarang jerawat. Tapi satu yang mencacatkan dia. Ya, cermin mata tebal dia tu! Ishh selekeh nak mampus. Dengan tudung yang serabainya.
“Sorry senior!” kata Qistina tiba-tiba menghentikan renungan Izham. Qistina perasan izham ralit merenung wajahnya. Jantungnya tiba-tiba berdebar semacam apabila melihat renungan tajam milik lelaki itu.Qistina cepat-cepat bangun dari atas badan Izham. Ni lipas punya pasal! Siap kau lipas, kalau aku jumpa kau mati aku kerjakan!”
“Kenapa tiba-tiba kau melompat kat atas badan aku ni?” marah Izham untuk menutup perasaan yang luar biasa yang terjadi kepadanya itu.
“Tak,ta..ta,”
“Kenapa gagap semacam pulak ni?”
“Macam ni senior, tadi masa saya nak gerakkan senior, tiba-tiba saya ternampak lipas.Besar giler lipas tu. Maybe ibu lipas kot,”
“What? Lipas? Dalam bilik mewah aku ni ada lipas? Kau dah gila ke apa ni? Bukan setakat ibu lipas, keturunan cucu cicit lipas pun tak pernah ada kat dalam bilik aku tau!”
Qistina menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Aikk, betullah tadi aku jumpa lipas.Mata aku tak rabun lagi.
“Tapi,”
“Tak ada tapi-tapi. Tu la pakai cermin mata tebal sangat. Sampai silap tengok! Bilik aku takkan ada lipas yer,” kata Izham lagi. Qistina mengangguk-angukkan kepalanya. Ye la tu, dia je betul aku je yang salah. Tapi betul la aku tengok lipas tadi!
“Kalau macam tu takpe la. Saya balik dulu yer sebab ada kelas. Makanan saya dah hidang dah.Hari ni saya tak sempat kemas, tapi selepas kelas petang ni saya janji saya kemas yer,”
“Hmm” balas Izham sambil tangannya menghalau Qistina. Qistina hanya menurut sahaja maklumlah tuan rumah katakan.
Sebaik sahaja Qistina berlalu keluar dari biliknya, Izham menghampiri almari bajunya untuk menukar pakaian. Sedang dia menukar baju, tiba-tiba matanya tertancap ke arah satu benda yang sedang menghampirinya itu. Matanya terbuntang luas tatkala melihat benda itu rupa-rupanya lipas! Dengan sepantas yang mungkin dia mengambil resect dan terus menyembur racun itu ke arah lipas.
“Rupa-rupanya betul cakap Qistina,” kata Izham sendirian sambil tersenyum. Nasib baik Qistina dah balik, kalau tidak mesti dia perli aku tu.
Izham berjalan ke arah meja makan. Terkejut dia melihat hidangan yang disediakan oleh Qistina.
“Perghh banyaknya dia masak!” Izham menelan air liur melihat makanan yang dimasak oleh Qistina. Pandai jugak dia masak ni.
“Bismillahirrahmanirrahim,” Izham memulakan bismillah. “Sedapnya!” teruja Izham.Sememangnya makanan yang di masak oleh Qistina sangat sedap. Macam makanan mama aku pulak.


Qistina melangkah laju ke arah bilik kuliah. Kelas sudah bermula dan dia sudah lewat selama 10 minit. Aduii masak aku kali ni.Qistina mengetuk perlahan pintu.
“Sorry prof saya lewat. Perut saya sakit,” tipu Qistina. Baru je sehari kuliah bermula dia dah tipu. Ni semua izham punya pasal!
“Ok,” balas prof. Ruby tercengang. Tadi kata mak sakit, ni lewat sakit perut pulak. Biar betul Qistina ni!
Qistina menumpukan sempenuh perhatian terhadap apa yang di ajar oleh pensyarah. Dia tidak mahu disebabkan si singa tu pelajarannya terkandas. Ruby memandang pelik rakannya di sebelahnya itu. Kusyuk semacam jer.
Ruby menulis sesuatu di dalam kertas dan memberikan kepada Qistina.Qistina membaca apa yang di tulis oleh Ruby.
Kenapa dengan awak hari ni? Ada masalah ker?
Qistina tersenyum. Dia menulis sesuatu di bawah soalah ruby sebagai tanda jawapan untuk soalan Ruby itu.
Nothing.
Ruby mencebik ke arah Qistina sebagai tanda tak puas hati terhadap jawapan yang diberikan oleh rakannya itu. Qistina hanya tersenyum sahaja. Mesti marah tu.
Setelah kelas habis, Qistina cepat-cepat mengemaskan begnya.Dia harus cepat sampai ke rumah Izham memandangkan sekarang jalan jam. Dia taknak tersekat di jalan raya.
“Eh, nak pergi mana cepat-cepat ni?’ tanya Ruby penuh kehairanan. Hari ni, Qistina memang pelik.
“Saya ada hal sikit Ruby. Saya pergi dulu yer bye,”
Ruby hanya mengeluh sahaja. Dia berjalan perlahan keluar dari bilik kuliah. Fikirannya asyik memikirkan apa yang sebenarnya berlaku terhadap Qistina. Hari ni dah dua kali dia tipu. Sekejap kata mak sakit, sekejap kata sakit perut.
“Hai Ruby jauh mengelamun,” tegur Adhar.
Ruby tersentak. Dia tersipu malu apabila Adhar menegurnya. “ Eh Abang Ad,”
“Sorang jer?Qistina mana?”
“’Aah sorang jer. Qis dia ada hal sikit,”
“Ouh, hmm kalau macam tu boleh Abang Ad belanja Ruby minum?” pelawa Adhar. Dia sengaja mendekati Ruby untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang diri Qistina.
“Boleh, apa salahnya,” balas Ruby dengan tersipu malu.
Adhar dan Ruby mengambil tempat jauh daripada orang lain di restoran itu. Dari tadi Ruby asyik memandang ke bawah sahaja. Segan untuk bertemu mata dengan lelaki kacak di hadapannya itu. Bukan dia tak perasan, banyak mata yang memandang sinis terhadapanya sebaik sahaja dia dan Adhar berjalan masuk ke dalam restoran. Maklumlah, Adhar kacak, dia pulak macam badut sarkas macam langit dengan bumi.
“Kenapa Ruby macam malu-malu je ni?” tanya Adhar. Dia pelik melihat tingkah laku gadis itu.
“Bukan malu tapi segan. Semua orang tengok semacam je kat saya. Maybe dorang pelik kenapa saya ada dengan Abang Ad,”
“Ruby, tak payah nak fikir pasal orang lain yer. Hidup ni kalau asyik fikir pasal orang lain je baik tak payah hidup. Think positive okay. Manusia ni pelik..sentiasa berfikiran tak baik dan sikap hasad dengki tu sentiasa ada dalam diri manusia,” kata Adhar panjang lebar.
Ruby mengangguk kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Adhar.
“Ruby, kalau Abang Ad tanya sesuatu boleh?”
“Tanya jela. Ada apa yer?”
“Awak tak rasa ke Qistina tu pelik semacam? Maksud saya , style dia,”
“Qistina? Dia tu dah memang camtu. Tapi style dia tu yang membuatkan saya boleh rapat dengan dia. Maybe sebab cara kami sama dan pelik. Lagipun tak ada siapa yang nak kawan dengan kami berdua,so berdua lebih baik,”
“Ouh, awak tak pernah tanya kenapa dia pakai macam tu? I means pakai cermin mata tebal tu. Tak boleh ke dia pakai contact lens ker?”
“Pasal tu saya tak tanya pulak. Malas saya nak masuk campur hal peribadi orang lain ni.Lagipun saya respect cara dia, dan dia respect cara saya,”
Adhar mengangguk. Hmm nampaknya Ruby tak boleh tolong aku ni. Macam mana aku nak tahu pasal Qistina lagi ni?


“Ris kau ada nampak Ad tak?” tanya Izham Daniel kepada Faris. Faris hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu akan soalan Izham itu.
Izham hanya mampu mengeluh. Sejak kebelakangan ni, susah betul nak jumpa dengan Adhar. Asyik sibuk memanjang je.
“Hai, Iz,” tiba-tiba ada satu suara manja menyapa Izham. Izham berpaling dan melihat Zura sedang berjalan ke arahnya dengan lenggok yang menggoda.
“Eh Zura, buat apa kat sini?”
“Saje nak jumpa you,”
“Iz, aku balik dulu yer,” celah Faris lalu berjalan meninggalkan Izham dan Zura.
“Hmm, dah lewat ni. I balik dulu yer,”
“Eh,nanti la dulu.Baru je nak bercakap dengan Iz. Bila you nak ajak I ke penthouse you? I tahu you baru beli penthouse. Kat mana penthouse you yer?”
“Sorry la, itu privacy I. Cukup la you tahu mana villa keluarga I. Pasal penthouse tak payah ambil tahu yer.Ok la I got to go. Bye,”
Zura mendegus. “ Tak nak beritahu aku takpe.Fine! Aku akan cari sampai dapat! Ini Zura lah!”

2 comments: